Posts

Competition pertama selepas ketiadaan mak

Image
17 Ogos 2026 Setakat tarikh ini, aku belum publish paper sendiri, tiada geran baru, tidak menyertai mana-mana pertandingan seperti tahun-tahun sebelumnya. Aku belum bersedia dan plan nak berehat buat seketika. Pulangnya mak kerahmatullah pada 16 Januari 2026, tinggalkan kesan yang berat pada diri ini. Namun Allah sebaik-baik planner , aku terima email daripada pji uitm perlis tentang pertandingan inovasi anjuran SIRIM Berhad, Kulim, Kedah. Kebanyakkan pertandingan inovasi sebelum-sebelum ini, mostly anjuran universiti, event kali ini anjuran agensi luar, agensi dibawah MITI, bagi aku, event ini besar dan tough . Aku hubungi beberapa rakan-rakan yang sentiasa bersama dalam beberapa pertandingan inovasi, bertanya samada berminat untuk turut serta untuk event kali ini. Setelah beberapa sesi perbincangan, 2 produk didaftarkan. Buat pertama kali ini, event nie yang paling lama, empat hari, 21-24 September 2026, dan tentatif yang kerap berubah-ubah. Aku dan amin tiba di Kulim malam 21hb. Ra...

Masih boleh publish artikel berindeks walaupun tanpa geran penyelidikan

Image
22 Ogos 2023 Selasa 0119 pagi Just nak share pendapat kepada rakan-rakan penyelidik sekalian. Tapi sebelum itu, ingin aku nyatakan, aku bukan pakar dalam research, cuma ada sekelumit pengalaman yang ingin dikongsikan. Sesetengan penyelidik berpandangan, tanpa geran penyelidikan, sukar untuk terbitkan artikel penerbitan berindeks (Web of Science, Scopus dll). Tidak dinafikan, dengan bantuan dana penyelidikan ada banyak kelebihan seperti: boleh lantik pembantu penyelidik ada peruntukan elaun untuk perjalanan, penginapan dan yuran persidangan, malah turut dibiaya sehingga menghadiri persidangan di luar negara...syok ooo... Namun, geran penyelidikan hadir dengan tanggungjawab: kpi penerbitan yang dijanjikan perlu ditunaikan, kalau dinyatakan dalam kertas cadangan penyelidikan untuk menghasilkan 2 penerbitan (1 Web of Science + 1 Scopus), kome wajib hasilkan, kalau tidak dikira tidak mencapai kpi geran... kene buat pelaporan kemajuan geran penyelidikan setiap 6 bulan, dah penaja beri dana, ...

Sekilas Pencapaian 2022

Image
Assalamualaikum 15 November 2022 yang lalu tarikh akhir semua staf akademik UiTM menghantar borang MyATP yang mengandungi segala aktiviti, khidmat bakti dan pencapaian dari 1/1/2022 sehingga 15/11/2022. Penilaian MyATP tahun ini ada sedikit pembaharuan dimana markah penilaian dipecahkan kepada 3 komponen: Komponen 1: Tugas Hakiki (60%) Komponen 2: Individual Quality Assessment (20%) Komponen 3: Markah dari bos (20%) Tahun 2022 ini sangat special sebab secara peribadinya aku "outperform" berbanding tahun-tahun sebelumnya. Antaranya: 1) Geran Penyelidikan Permohonan: 10 kertas permohonan telah dihantar Berjaya: 6 permohonan, 2 pending (RM100,000.00). Jumlah (RM): RM162,000.00 2) Penyeliaan - 3 student Master by Research 3) Penerbitan - 7 penerbitan (3 artikel berindeks) 4) Perundingan - 3 perundingan (Jumlah: RM18,300.00) 5) Bengkel - 4 invited speaker (bengkel tanaman ja pun...jadila) Alhamdulillah....syukur pada Allah swt atas nikmat dan rezeki yang diberikan. Doa dari mak da...

FRGS 2022 - Syukur Alhamdulillah, Berjaya

Image
Seperti tahun-tahun sebelumnya, tahun 2022 ini aku menyediakan 2 proposal grant Fundamental Research Grant Scheme (FRGS). Walaupun nama aku tak disenarai wajib untuk hantar proposal, tapi aku tetap hantar, sebagai tanda sokongan kepada PJI UiTM Cawangan Perlis. Ikutkan rekod, aku mula hantar pada tahun 2020, tapi gagal, bukan aku sorang tapi seluruh permohonan dari UiTM dan beberapa IPT lain atas masalah teknikal. Seminggu aku "down" tak nak buat kerja apa. Tahun 2021 aku cuba lagi, pun tak berjaya, tapi kali ini aku lebih bersedia menerima berita kegagalan daripada sistem MyGrants. 8 Ogos 2022 Aku dah dengar2 berita yang MOHE telah keluarkan keputusan permohonan yang berjaya. Ada beberapa IPT dah reveal bilangan proposal dan jumlah kumulatif grant yang berjaya. Aku sebenarnya dah bersedia dari awal lagi dan tidak mengharapkan sebarang berita baik. 9 Ogos 2022 Jam 11.55 pagi, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UiTM telah hantar email pemakluman kepada s...

EGO juga perlu di "KORBAN" kan.

 18 JULAI 2022 (00:43 pagi) Alhamdulillah tahun nie dapat buat korban untuk abah. InsyaAllah tahun depan along buat untuk mak pula. Sikit untuk aku coretkan pada awal pagi ini. Ibadah korban bukan sekadar sembelih 8-9 ekor lembu...tapi lebih daripada tue. Selain daripada memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s, ia juga tanda kita syukur atas nikmat yang Allah swt kurniakan kepada hambanya. Kita juga harus "korban"kan ego diri dan "korban"kan sikap tidak mahu menerima pandangan orang lain. Pemilihan lokasi korban perlu menerima pakai pandangan majoriti ajk/ qariah kampung. Perlu mengambil kira kesesuaian tempat dan tahap penglibatan qariah dalam aktiviti penyembelihan binatang korban. Bukannya ingin menunjukkan aset tanah yang dimiliki dan berapa banyak harta telah diperolehi. Itupun sekiranya pemilikan harta sah dari sisi syarak dan tidak memiliki harta dengan cara yang batil. Semoga ibadah korban akan datang diurus dengan lebih baik da...

SAHABAT itu REZEKI

 17 Julai 2022 (11 malam) Plan asal malam nie sebenarnya, aku nak marking test pelajar, rutin biasa nak dekat exam, dan pelajar pun dah habis kuliah pada 15 Julai yang lalu...tapi plan nie tak jadi, sebab ada sesuatu difikiran yang aku perlu tulis dengan segera. ianya tentang SAHABAT . aku kira ada beza diantara RAKAN dan SAHABAT . Izinkan aku berbeda pandangan tentang hal ini. Bagi aku RAKAN adalah individu yang ko boleh borak-borak kosong, lepak minum-minum, ber"huha-huha" dll. Tapi SAHABAT , borak bukanlah borak kosong, lepak minum masih ada pengisian, mendorong atau didorong dengan misi hidup mereka yang yang jelas. Permulaan kareer aku dalam bidang akademik yang SEBENAR agak lewat, walaupun lapor diri pada 2010, tapi aku lalai dengan gaji yang tinggi dan mungkin nak "holiday" selepas penat habiskan pengajian di peringkat sarjana. Tersedarnya aku 3 tahun kemudian, apabila sorang SAHABAT mulakan pengajian PhD dan berpindah ke kampus Jengka.  Aku tiada mentor d...

Perjalanan Hari Raya 2022

 29 April 2022 (Jumaat): Arau - Kelana Jaya (1 pagi) 30 April 2022 (Sabtu): Kelana Jaya - Changkat Keruing 1 Mei 2022 (Ahad): Changkat Keruing - Kelana Jaya (12.30 tghr tiba) (3.30 bertolak) - Pasir Panjang (12 malam) 2 Mei 2022 (Isnin): 1 Syawal di Pasir Panjang 3 Mei 2022 (Selasa): 2 Syawal di Changkat Keruing (2.30 petang - 8 malam) 4 Mei 2022 (Rabu): 3 Syawal  Pasir Panjang - Kelana Jaya 5 Mei 2022 (Khamis): 4 Syawal di Kelana Jaya 6 Mei 2022 (Jumaat): 5 Syawal Kelana Jaya (1 petang) - Changkat Keruing 7 Mei 2022 (Sabtu): 6 Syawal di Changkat Keruing 8 Mei 2022 (Ahad): 7 Syawal Changkat Keruing (2.30 petang) - Arau Penat memandu di Hari Raya.