Masih boleh publish artikel berindeks walaupun tanpa geran penyelidikan

22 Ogos 2023
Selasa
0119 pagi

Just nak share pendapat kepada rakan-rakan penyelidik sekalian. Tapi sebelum itu, ingin aku nyatakan, aku bukan pakar dalam research, cuma ada sekelumit pengalaman yang ingin dikongsikan.

Sesetengan penyelidik berpandangan, tanpa geran penyelidikan, sukar untuk terbitkan artikel penerbitan berindeks (Web of Science, Scopus dll). Tidak dinafikan, dengan bantuan dana penyelidikan ada banyak kelebihan seperti:
  • boleh lantik pembantu penyelidik
  • ada peruntukan elaun untuk perjalanan, penginapan dan yuran persidangan, malah turut dibiaya sehingga menghadiri persidangan di luar negara...syok ooo...
Namun, geran penyelidikan hadir dengan tanggungjawab:
  • kpi penerbitan yang dijanjikan perlu ditunaikan, kalau dinyatakan dalam kertas cadangan penyelidikan untuk menghasilkan 2 penerbitan (1 Web of Science + 1 Scopus), kome wajib hasilkan, kalau tidak dikira tidak mencapai kpi geran...
  • kene buat pelaporan kemajuan geran penyelidikan setiap 6 bulan, dah penaja beri dana, kenelah update progress.
  • sekiranya nak menghadiri meeting bersama expert atau menghadiri persidangan, pelbagai borang dan surat perlu disediakan.
  • perlu beri justifikasi kenapa tidak gunakan duit geran dll
Jadi, kalau kome tak nak terbeban dengan tanggungjawab diatas, ada cara lain yang boleh kome lakukan, caranya:
  1. tulis artikel penyelidikan
  2. hantar ke editorial journal @ conference
  3. bayar dulu guna duit sendiri @ kad kredit
  4. claim kepada universiti masing-masing (kalau ada peruntukan). Di UiTM, pihak rmc menyediakan skim Pembiayaan Yuran Penerbitan Artikel (PYPA) dan Pembiayaan Yuran Prosiding Berindeks (PYPB).

Jadi tak pening kepala penuhi tanggungjawab grant penyelidikan. Mungkin aku juga akan guna pendekatan yang sama selepas ini selepas melalui pengalaman mempunyai beberapa geran FRGS dan geran dalaman.

Comments

Popular posts from this blog

Pengelasan Ijazah Sarjana Muda

Dokumen rasmi dan cop pengesahan, jadikan satu aktiviti wajib setiap orang.

Kaedah penulisan sumber rujukan (Reference)