Posts

Showing posts from 2023

Masih boleh publish artikel berindeks walaupun tanpa geran penyelidikan

Image
22 Ogos 2023 Selasa 0119 pagi Just nak share pendapat kepada rakan-rakan penyelidik sekalian. Tapi sebelum itu, ingin aku nyatakan, aku bukan pakar dalam research, cuma ada sekelumit pengalaman yang ingin dikongsikan. Sesetengan penyelidik berpandangan, tanpa geran penyelidikan, sukar untuk terbitkan artikel penerbitan berindeks (Web of Science, Scopus dll). Tidak dinafikan, dengan bantuan dana penyelidikan ada banyak kelebihan seperti: boleh lantik pembantu penyelidik ada peruntukan elaun untuk perjalanan, penginapan dan yuran persidangan, malah turut dibiaya sehingga menghadiri persidangan di luar negara...syok ooo... Namun, geran penyelidikan hadir dengan tanggungjawab: kpi penerbitan yang dijanjikan perlu ditunaikan, kalau dinyatakan dalam kertas cadangan penyelidikan untuk menghasilkan 2 penerbitan (1 Web of Science + 1 Scopus), kome wajib hasilkan, kalau tidak dikira tidak mencapai kpi geran... kene buat pelaporan kemajuan geran penyelidikan setiap 6 bulan, dah penaja beri dana,