Posts

Showing posts from July, 2022

EGO juga perlu di "KORBAN" kan.

 18 JULAI 2022 (00:43 pagi) Alhamdulillah tahun nie dapat buat korban untuk abah. InsyaAllah tahun depan along buat untuk mak pula. Sikit untuk aku coretkan pada awal pagi ini. Ibadah korban bukan sekadar sembelih 8-9 ekor lembu...tapi lebih daripada tue. Selain daripada memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s, ia juga tanda kita syukur atas nikmat yang Allah swt kurniakan kepada hambanya. Kita juga harus "korban"kan ego diri dan "korban"kan sikap tidak mahu menerima pandangan orang lain. Pemilihan lokasi korban perlu menerima pakai pandangan majoriti ajk/ qariah kampung. Perlu mengambil kira kesesuaian tempat dan tahap penglibatan qariah dalam aktiviti penyembelihan binatang korban. Bukannya ingin menunjukkan aset tanah yang dimiliki dan berapa banyak harta telah diperolehi. Itupun sekiranya pemilikan harta sah dari sisi syarak dan tidak memiliki harta dengan cara yang batil. Semoga ibadah korban akan datang diurus dengan lebih baik da

SAHABAT itu REZEKI

 17 Julai 2022 (11 malam) Plan asal malam nie sebenarnya, aku nak marking test pelajar, rutin biasa nak dekat exam, dan pelajar pun dah habis kuliah pada 15 Julai yang lalu...tapi plan nie tak jadi, sebab ada sesuatu difikiran yang aku perlu tulis dengan segera. ianya tentang SAHABAT . aku kira ada beza diantara RAKAN dan SAHABAT . Izinkan aku berbeda pandangan tentang hal ini. Bagi aku RAKAN adalah individu yang ko boleh borak-borak kosong, lepak minum-minum, ber"huha-huha" dll. Tapi SAHABAT , borak bukanlah borak kosong, lepak minum masih ada pengisian, mendorong atau didorong dengan misi hidup mereka yang yang jelas. Permulaan kareer aku dalam bidang akademik yang SEBENAR agak lewat, walaupun lapor diri pada 2010, tapi aku lalai dengan gaji yang tinggi dan mungkin nak "holiday" selepas penat habiskan pengajian di peringkat sarjana. Tersedarnya aku 3 tahun kemudian, apabila sorang SAHABAT mulakan pengajian PhD dan berpindah ke kampus Jengka.  Aku tiada mentor d