Posts

Showing posts from 2019

sambung PhD.....antara saranan baik dan saranan jahat

saranan untuk memberhentikan pensyarah yang tidak menyambung pengajian ke peringkat doktor falsafah (PhD) merupakan saranan jahat. aku percaya, di sudut kecil hati pensyarah, mereka ingin sambung belajar, apatah lagi ianya kini menjadi syarat wajib kenaikan pangkat dan rata-rata tawaran kekosongan pensyarah memerlukan seseorang pemohon itu memiliki PhD. Namun setiap orang mempunyai constraint tersendiri. Ada yang masih baru memulakan hidup bekeluarga, ingin memberi perhatian kepada anak-anak yang masih kecil, menjaga ibu bapa yang sakit dan bermacam-macam lagi asbab. janganlah kerana sudah memiliki PhD ( itu pun diperoleh di usia senja ), kita membuat saranan yang mampu menjatuhkan motivasi bakal calon PhD. aku juga percaya, di luar sana, masih ramai yang meberi saranan yang baik dan positive, berbanding sekelumit saranan jahat ini. akhir kalam, diungkap semula bait-bait ayat mufti perlis, "...janganlah dibiarkan penyakit bodoh tak bertebing"

Kelulusan EgTukar & Keberkatan Berbakti Pada Ibu Bapa

26 Ramadhan 1440 (Jumaat) bersamaan 31 Mei 2019 tarikh yang akan sentiasa diingati sampai bila-bila. Pada hari itu, sekali lagi aku merasai akan nikmat dan lazatnya keberkatan berbakti pada mak dan abah. 26 Ramadhan 1440 | 31 Mei 2019 | Jumaat | 8.30 pagi Aku dan isteri tiba di pejabat Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Cyberjaya untuk merayu kelulusan permohonan untuk bertukar tempat bertugas isteri yang kini berkhidmat selaku guru di SMKA Azlan Shah, Bota, Perak ke negeri Perlis. Keputusan awal pada 24 Mei 2019, permohonan isteri melalui EgTukar tidak berjaya. Dipendekkan cerita, aku nekad untuk ke BPI untuk merayu. Setelah berbincang dengan pegawai, pegawai tidak memberi sebarang jaminan dan bergantung kepada persetujuan ketua pegawai berkenaan. Aku dan isteri hanya berserah dan tawakal, sebab ini pertemuan kedua aku dengan pegawai berkenaan. Pertemuan pertama dahulu mengecewakan. 26 Ramadhan 1440 | 31 Mei 2019 | Jumaat | 10.00 pagi Selepas habis urusan di BPI, aku ke

Unhide folder selepas terkene virus

Image

Keberkatan Berilmu

Maklumat berkaitan kursus/subjek di tempat belajar dah sedia termaktub. Apa yang perlu student pelajari, software apa yang diperlukan, dan struktur markah, semua sudah ada, cuma satu lagi kriteria yang rasa mcm tertinggal. "KEBERKATAN DALAM BERILMU"

Falsafah Pengajaran

Setiap guru, pensyarah atau pendidik mesti ada falsafah pengajaran masing-masing. Bagi aku, salah satu kerangka falsafah pengajaran aku adalah berdasarkan movie "3 Idiots" (2009). Cuba tengok dan fahami dengan mata hati, bukan dengan kepala lutut. Misi dan visi aku adalah: "TIDAK MENGHASILKAN  MESIN PHOTOSTAT DI UNIVERSITI"

Azam 2019

Dah nak masuk bulan Februari, baru nak set azam. InsyaAllah, tahun 2019 ini aku nak capai yang lebih baik berbanding 2018. Semoga Allah memberkati setiap pekerjaan dan amal soleh yang aku lakukan, dan moga Allah mengampunkan segala dosa-dosa yang telah aku lakukan sepanjang hidupku. Amin. SASARAN 2019 1.     PENERBITAN ·         1 Bab dalam buku ·         2 Artikel (Scopus indexed) 2.     INOVASI ·         1 Intelectual Property (IP) ·         1 Pertandingan Inovasi ·         1 Produk baru 3.     KHIDMAT MASYARAKAT ·         2 Bengkel tanaman

Pencapaian Tahun 2018

23 Januari 2019 Alhamdulillah, syukur pada Allah atas kurniaan kesihatan dan umur pada tahun 2019 ini. Baru berkesempatan untuk tulis sesuatu di blog, sibuk dengan tugasan penilaian dan pemarkahan pelajar. Tahun 2018 yang lepas, aku rasa "semput" sikit kerana terlalu banyak aktiviti yang dilakukan; penglibatan dalam pertandingan inovasi, penerbitan, penganjuran conference dan bengkel tanaman. Semua ini dek kerana mencapai sasaran yang telah di'set' bagi tahun 2018. Rumusan pencapaian bagi tahun 2018 seperti berikut: SASARAN 2018 PENCAPAIAN ULASAN ·         Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC 2017) TIDAK CAPAI - ·         KARISTA 2018 (Silver medal) TIDAK CAPAI UiTM Perlis tidak hantar wakil. ·         Crystal Innovation i-IDeA 2018 (Gold medal) Product: MyNutriBesen CAPAI ·         Gold Medal ·         Special Award dari Universitas Islam Riau. ·         I-idex 2018 (Bronze me