Pencapaian Tahun 2018

23 Januari 2019
Alhamdulillah, syukur pada Allah atas kurniaan kesihatan dan umur pada tahun 2019 ini. Baru berkesempatan untuk tulis sesuatu di blog, sibuk dengan tugasan penilaian dan pemarkahan pelajar.

Tahun 2018 yang lepas, aku rasa "semput" sikit kerana terlalu banyak aktiviti yang dilakukan; penglibatan dalam pertandingan inovasi, penerbitan, penganjuran conference dan bengkel tanaman. Semua ini dek kerana mencapai sasaran yang telah di'set' bagi tahun 2018. Rumusan pencapaian bagi tahun 2018 seperti berikut:

SASARAN 2018
PENCAPAIAN
ULASAN
·        Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC 2017)
TIDAK CAPAI
-
·        KARISTA 2018 (Silver medal)
TIDAK CAPAI
UiTM Perlis tidak hantar wakil.
·        Crystal Innovation i-IDeA 2018 (Gold medal)
Product: MyNutriBesen
CAPAI
·        Gold Medal
·        Special Award dari Universitas Islam Riau.
·        I-idex 2018 (Bronze medal)
TIDAK CAPAI
-
·        Minggu Sains Negara Peringkat Negeri Perlis
CAPAI
·        Tempat pertama (RM500)
·        Buku tentang Hidropot dan MyNutriBesen with ISBN
TIDAK CAPAI
-
·        Chapters in Book (International Publisher)
CAPAI
·        2 Chapter in Book terbitan IIUM Press.
·        Research Book (International Publisher)
CAPAI
·        2 buku terbitan IIUM Press.
·        Articles in index Journal (Scopus/ISI)
TIDAK CAPAI
·        2 artikel telah dihasilkan, namun tempoh index jurnal dari WOS telah ditamatkan.
·        Bengkel Hidropot dan MyNutriBesen
CAPAI
·        8 bengkel telah dianjurkan.

apa pula azam dan sasaran bagi tahun 2019...next entry insyaAllah.

Comments

Popular posts from this blog

Pengelasan Ijazah Sarjana Muda

Dokumen rasmi dan cop pengesahan, jadikan satu aktiviti wajib setiap orang.

Imbau 1: Permodalan Nasional Berhad (PNB)