Posts

Showing posts from 2016

Kelas Ganti Maulidur Rasul

Assalamualaikum. Berikut adalah masa untuk kelas ganti pada 12 Disember 2016 bertempat di BK3. Kod Kursus: STA408 Masa: 9-10 pagi Group: RAS2453D Kod Kursus: STA408 Masa: 10-11 pagi Group: semua group Kod Kursus: QMT533 Masa: 11-1 petang Group: semua group Kod Kursus: STA570 Masa: 2.30-4.30 petang Group: semua group

Terkejut

Image
Pagi ini terkejut apabila membaca email dari Timbalan Rektor HEA PM Dr. Shaiful Annuar Khalid. Aku masih terkejut. Syukur Alhamdulillah. 

Khidmat Rundingan Statistik

Image
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Mathematics & Statistics Research Interest Group would like to provide a range of services including statistical advice, analysis and training for those who are in need. SERVICES AVAILABLE: STATISTICAL ANALYSIS - Regression Model, ANOVA, Experimental Design, Forecasting, Probability etc. STATISTICAL TRAINING - Provides well-trained statistician for courses and workshop. STATISTICAL SURVEY - Questionnaire development and a group of enumerator to ease your survey.  DATA ENTRY - Data entry service using various statistical software packages (SPSS, Eviews, Minitab etc) Feel free to contact: EN. AZLAN ABDUL AZIZ Lecturer / Group Leader Mathematics & Statistics Research Interest Group, Faculty of Computer and Mathematical Sciences,  Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis,  Arau Perlis Contact Number: 0123510965 Email: azlan172@perlis.uitm.edu.my Brochure

Lantikan Perunding LPPKN

Image
Alhamdulillah, pihak LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA NEGARA (LPPKN) telah melantik saya dan 2 orang rakan yang lain sebagai perunding untuk satu projek kajian di Kg Nesam, Bintong, Perlis.

Kuliah Bermula: Semester September - Disember 2016

Image
Assalamualaikum. Selamat kembali ke UiTM Perlis yang tercinta ini. InsyaAllah pada semester ini, saya akan mengajar kod QMT533 - Econometrics STA570 - Time Series Analysis and Forecasting, dan STA408 - Statistics for Science and Engineering Kuliah saya akan bermula, pada 7 September 2016 (Rabu), dan suka diingatkan kelas pada 9 September (Jumaat) berjalan seperti biasa. Dilampirkan bersama jadual waktu saya untuk rujukan pelajar sekalian.

Penerbitan: International Academic Research Journal of Social Science (iARJ)

Image
Alhamdulillah, paper saya bersama dengan pelajar FYP, Nurul Izzati Mazni telah dimasukkan ke International Academic Research Journal of Social Science (iARJ) Ini bermakna pelajar ini telah memperoleh: Sijil Pembentang (Presenter) international conference Paper hasil kajian FYP telah masuk international proceeding (ISBN) Paper hasil kajian FYP telah masuk international journal (ISSN) Menginap di hotel bertaraf 3 bintang - percuma Makan di hotel bertaraf 5 bintang - percuma Kalau ditanya oleh penemuduga, apa yang you dapat/hasilkan dari UiTM, berikan hanya 3 jawapan diatas sahaja.

Pencarian pelajar bagi kod MAT530 & MSP660

Assalamualaikum, saya sedang mencari student FYP untuk berada dibawah seliaan saya. Pelajar akan diselia selama setahun, merangkumi Stage Proposal (MAT530 - Semester 5) dan Final Project (MAT660 - Semester 6) Advantage: Tajuk project akan diberikan (bergantung kepada minat dan keupayaan pelajar) Menyiapkan tugasan yang diberikan waima perlu dilaksanakan pada cuti semester Mendapat markah yang tinggi (berdasarkan prestasi dan disiplin) Menyertai beberapa persidangan/perbentangan diperingkat kebangsaan dan antarabangsa. (extra value and marks). Ciri-ciri pelajar seperti berikut: Pelajar semester 5 Independent Ready to fail Less supervise Hardworking Patient Eager to learn new knowledge Good knowledge in Time Series Analysis and Forecasting Good knowledge in programming language Can finish and meet the deadline on-time Good in Microsoft Excel Kepada pelajar yang berminat boleh hubungi saya, En. Azlan Abdul Aziz (0123510965)...WhatsApp only.

Geran Penyelidikan: Geran Academic & Research Assimilation (ARAS)

Image
Syukur ke hadrat Illahi memberi diri ini peluang untuk buat research. Dahulu semua aktiviti research yang dijalankan semuanya guna duit sendiri dan duit TAPA. Tapi kali ini, diberikan peluang untuk menjalankan research dengan dana yang diperuntukkan oleh UiTM melalui geran dalaman ARAS sebanyak RM xx,xxx.00. (tak payah la bagitahu disini) Pentingnya dana ini kerana, segala perbelanjaan seperti: Upah Research Assistant (undergraduate/postgraduate) Conference and Journal Fee Kos penginapan dan perjalanan Pembeliaan buku, software dll akan dibiaya/dibayar hasil daripada dana ini. Alhamdulillah syukur sangat-sangat.

Bengkel "Develop Mobile Apps using MS Excel"

Image
Alhamdulillah bengkel "Develop Mobile Apps using MS Excel" telah berjaya dijalankan pada 15 Mei 2016 di Perpustakaan Dato' Jaafar Hassan. Berminat mempelajari ilmu ini. Boleh jemput saya sebagai penceramah. Next bengkel ada yang berminat nak turut serta??

QMT533 Assignment 2

Image
Assalamualaikum, seperti pelajar sedia maklum, pelajar perlu hantar Assignment 2 pada hari nie melalui dropbox. Saya perincikan perkara-perkara yang perlu diambil perhatian. Setiap pelajar perlu menghasilkan satu folder dengan rename folder tersebut mengikut format yang diberikan. Folder berkenaan perlu mempunyai files berikut: Halaman past year yang diperlukan sahaja. Bukan hantar kesemua halaman past year paper. Contoh klik sini . Assignment perlu dihantar dengan format pdf. SPSS data file Pelajar perlu hantar link folder masing ke borang yang dilampirkan. Klik sini . Perlu diingatkan link perlu dipendekkan dengan menggunakan Google Url Shortener. Saya amat menitikberatkan format pada assignment ini.

Student Activity: International Social Science Conference 2016

Image
Alhamdulillah, pada 20-22 April 2016, saya telah membawa empat (4) orang pelajar Sarjana Muda Matematik Pengurusan (CS248) UiTM Perlis ke International Social Science Conference (iSSC) 2016: Wardah Mohd Nor Nurul Asyiqin Ibrahim Juliana Lim Nurul Izzati Mazni Mereka telah berjaya membentangkan hasil kerja mereka di Equatorial Hotel, Penang. Tahniah diucapkan. Ini merupakan satu nilai tambah kepada mereka selain memperolehi skrol ijazah mereka pada masa hadapan. Sekiranya ditanya apakah hasil yang diperolehi di universiti ketika ditemuduga, maka inilah jawapanya "Saya telah membentangkan hasil projek tahun akhir di sebuah konferansi antarabangsa di Penang pada tahun 2016". Ini merupakan aktiviti kedua yang telah saya jalankan. Aktiviti pertama sila klik sini . Terima kasih kepada pihak Hal Ehwal Akademik (HEA) yang telah membiayai yuran penyertaan dan penginapan di Alora Hotel. Harapan saya, agar aktiviti sebegini dapat diteruskan pada masa-masa h

First Time

Image
22 April 2016 Jumaat 11.09 pm Alhamdulillah sangat gembira hari nie, selama 3 hari handle conference di Penang. Tidak terungkap betapa seronoknya hari ini. Best sangat-sangat. Banyak perkara-perkara baru dapat dalam program kali ini, antaranya: First time attend ke international conference, melihat suasana macam mana perjalanan presentation First time juga menjadi committee member international conference First time berada di hotel 5 star First time jadi cameraman conference First time buat slideshow untuk international dinner First time arrange teknikal audio untuk international dinner Aku juga membawa 4 orang pelajar CS248 untuk present hasil kerja mereka di conference. Biar mereka ada pengalaman yang boleh dimanfaat for their career development. Dan yang paling penting, dapat berkenalan dengan committe members yang gila-gila dan sempoi bak hang. Second time....lepaih nie aku pula yang akan present di international conference, semangat tengok participant

Imbau 2: Temuduga Executive Permodalan Nasional Berhad (PNB)

Image
Lama mencari akhirnya baru jumpa, surat panggilan temuduga di PNB. Temuduga pertama sebelum tamat degree. Tamat Praktikal Temuduga Pertama Temuduga Kedua Tamat latihan praktikal pada Oktober 2007.  Graduate pada Mei 2008.  Panggilan Temuduga Pertama: 17 April 2008 Panggilan Temuduga Kedua: 16 Mei 2008 Tak percaya juga dapat panggilan temuduga dari PNB dengan CGPA 3.07 jer....tapi alhamdulillah dapat juga ditemuduga company besar. Tapi takde rezeki di PNB. Nak tahu mcm mana boleh dapat temuduga??? Hadam skill dalam MS Excel sebanyak mungkin, confident cakap English Langguage walaupun grammar berterabur, and LAJU dalam semua tindakan. Tunjukkan efficiency dalam kerja yang dilakukan.

Bengkel 1: Pengurusan Artikel dan Reference cara Mendeley

Image
Alhamdulillah bengkel saya yang pertama telah berjaya diadakan dengan kehadiran seramai 6 orang. Ok la jugak, ada orang nak minat nak belajar. Terima kasih kerana sudi datang. Moga mendapat manfaat. InsyaAllah next bengkel......belajar buat android apps using Microsoft Excel, install dan guna terus melalui smartphone. Bilangan peserta 10 orang sahaja. Berminat?

Bengkel Mendeley (FREE)

Assalamualaikum, pelajar yang berminat untuk ke Bengkel Mendeley malam ini, sila pastikan perkara-perkara berikut disediakan: Laptop telah dipasang (install) dengan perisian Mendeley dan Dropbox Laptop bercas penuh Telah mempunyai akaun Mendeley dan Dropbox Membawa broadband sendiri Untuk download perisian Mendeley dan Dropbox boleh klik sini Jumpa malam ini di BK2 bermula jam 8.30-9.30

Bengkel Mendeley PERCUMA

Image
Menghadapi masalah dalam mencari artikel untuk Final Year Project (FYP)? Nak tahu cara mudah citation? Boleh hadir ke Bengkel Mendeley seperti ketetapan berikut secara PERCUMA . Bengkel: Pengurusan Artikel menggunakan Mendeley Tahap: Beginner Tarikh: 30 Mac 2016 Tempat: BK 2 Masa: 9pm - 10pm Bayaran: PERCUMA Bilangan peserta: 10 orang sahaja. Borang Pendaftaran:  http://goo.gl/forms/CgxWi6N78y

Bengkel pencarian artikel untuk kegunaan Literature Review dengan mudah menggunakan Mendeley

Sekiranya saya buat satu bengkel untuk pencarian artikel/journal (untuk Literature Review) dengan mudah menggunakan perisian Mendeley, ada yang berminat nak join? Nak tengok ada tak yang berminat? Kalau berminat sila tinggalkan komen di post ini.

Pengelasan Ijazah Sarjana Muda

Ramai diantara pelajar tidak tahu tentang kelas-kelas bagi program ijazah sarjana muda yang sedang pelajar ikuti. Hal ini perlu diketahui kerana setiap kelas mempunyai implikasi tertentu. Ijazah Sarjana Muda terbahagi kepada 4 kelas (bergantung kepada universiti dan program pengajian, secara umumnya seperti dibawah): Kelas Pertama (CGPA 3.50 - 4.00) Kelas Kedua Atas (CGPA 3.00 - 3.49) Kelas Kedua Bawah (CGPA 2.20 - 2.99) Kelas Ketiga (CGPA 2.00 - 2.19) Kebaikan/Keburukan setiap kelas: Kelas Pertama: Mudah mendapat biasiswa untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Master dan PhD Antara syarat khas untuk biasiswa PhD ke luar negara Menjadi perhatian syarikat-syarikat (tetapi tidak semua) untuk diterima bekerja. Tidak perlu bayar PTPTN (pinjaman bertukar kepada biasiswa) Kelas Kedua Atas Antara syarat minima untuk biasiswa Tenaga Pengajar Muda (TPM) UiTM Syarat wajib untuk memohon meneruskan pengajian ke peringkat Sarjana (Master) Ada sesetengah syari

Learn Excel 1: Aktifkan Equation Editor

Image
Assalamualaikum, kepada pelajar yang tidak dapat aktifkan icon Equation pada Microsoft Office, boleh layari laman web berikut: Link :  http://www.technipages.com/word-enable-equation-editor

Kaedah penulisan sumber rujukan (Reference)

Image
Post kali ini akan membincangkan kaedah penulisan sumber mengikut format American Psychological Association (APA) edisi ke 6. Ada banyak cara untuk dapatkan reference tapi saya akan tunjukkan cuma dua teknik sahaja yang biasa saya gunakan untuk sebarang kerja-kerja penulisan.  Mendeley Pertama set style yang akan digunakan oleh Mendeley seperti gambar dibawah: Katakan saya ingin tulis reference bagi artikel yang ditulis oleh Ling, Chan Yew bertajuk "Consumers’ purchase intention of green products: an investigation of the drivers and moderating variable". Caranya: Right klik pada artikel > Copy > Formatted Citation dan paste dimana tempat yang anda inginkan. Hasilnya: Ling, C. Y. (2013). Consumers’ purchase intention of green products: an investigation of the drivers and moderating variable. Elixir Marketing Mgmt. 5, 57(A), 14503–14509. Retrieved from http://www.elixirpublishers.com/articles/1367043926_57A (2013) 14503-14509.pdf R

QMT533: Assignment 1

Pelajar dikehendaki untuk menghantar Assignment 1 melalui borang yang disediakan. Sila pastikan sumber definasi variable pilihan dan dua artikel yang dicari tidak sama dengan pelajar lain. Sebagai panduan, saya telah mengisi borang itu, rujuk sini Pelajar hanya dibenarkan untuk pilih 1 variable dari list yang dilampirkan. Tarikh mula: 12 Mac 2016 Tarikh tutup: 18 Mac 2016 Markah: 2% Project (0.5% Power Point Slide + 1.5% Definasi and Articles) Borang:  http://goo.gl/forms/eshZPXZ9V6 Pelajar yang lambat hantar, markah akan dipotong sebanyak 0.5% Good Luck.

QMT533 Assignment 1: Variable Types

Image
Assalamualaikum, objektif assignment 1 adalah seperti berikut: Memperkenalkan kepada pelajar jenis-jenis variable dan kegunaannya Mencari research paper yang menggunakan jenis-jenis variable tertentu dalam kajian Mendedahkan kepada pelajar kegunaan perisian Mendeley Terdapat pelbagai jenis variable yang digunakan dalam kajian (rujuk sini ). Namun terdapat juga variable yang sama. Contoh:  Binary variable atau juga dikenali dengan nama Dichotomus variable, dan Continous variable atau juga dinamakan Interval variable. Assignment 1 : Pelajar dikehendaki untuk mencari definasi jenis variable yang dikehendaki. Contoh: Moderating variable. Sumber mestilah daripada (1) Buku, (2) Artikel. Pelajar diminta untuk mencari 2 research artikel yang menggunakan jenis variable yang dipilih. Menghasilkan 1 slide power point untuk membentangkan perkara-perkara diatas (definasi dan kegunaan dalam research artikel). Contoh : Step 1 : Pilih satu (1) variable yang ingin dikaji

Imbau 1: Permodalan Nasional Berhad (PNB)

Image
Diri ini rasa bertuah kerana suatu masa dulu, di akhir pengajian degree berpeluang untuk praktikal di sebuah company besar seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB). Diakhir part 5 degree, banyak surat dihantar untuk mohon buat latihan praktik di syarikat2 area selangor dan kuala lumpur, ada juga yang beri maklum balas positive, tapi akhirnya PNB juga jadi pilihan. Pada mulanya, tak tahu PNB nie buat bisnes ape, hanya tahu company nie yang buat buku simpanan amanah saham bumiputera (ASB). Aku ditempatkan di bawah selian Procument Department (Jabatan Perolehan). Disini aku timba ilmu sebanyak mungkin, semua ilmu statistik yang pernah belajar di UiTM, satu habuk pun tak guna...cuma satu, ilmu MS Excel, itupun aku belajar sendiri atas dasar minat. Kongsi sikit gambar2 muda-mudi zaman belajar... Terima kasih tidak terhingga kepada En Zai (supervisor), En Najib, Abg Aswad, En. Suhaimi, Kak Lela, Kak Zira, Kak Nani, dan En Latif (Bos) yang banyak ajar aku ilmu-ilmu dilu