Posts

Showing posts from 2020

Usia ku meningkat lagi

Alhamdulillah usia ku meningkat lagi dengan izin Allah. Menjadi satu kewajipan pada setiap 6 Oktober, aku akan ucap terima kasih pada mak dan abah kerana membesarkan aku, dari rumah setinggan di Kg Selayang Lama sehingga la aku mampu milik rumah sendiri di utara tanah air. Syukur alhamdulillah. Entah kenapa, dalam 2 tahun ini (2019 dan 2020), 6 Oktober jatuh pada hari konferens yang aku menjadi sebahagian dari jawatankuasa penganjur. 2019 pada konferen ICOFA dan 2020 pada konferen iidea-BIZMENT. Alhamdulillah memori terindah bagiku. Tak dinafikan, pertambah usia mendekatkan diri dengan kembalinya pada Pencipta. Bila? aku pun tak tahu, walaupun kepakaran bidang kajian banyak tertumpu kepada ramalan masa hadapan (Time Series Analysis and Forecasting). InsyaAllah dengan pertambahan usia ini akan aku manfaatkan masa dan tenaga untuk berbakti pada mak abah, isteri dan anak2, dan juga pada masyarakat. Aku titipkan disini beberapa perancangan, semoga Allah permudahkan: 1) Aku nak sambung PhD.

MyNutriCapsule

Image
Alhamdulillah satu lagi produk inovasi bagi tahun 2020 telah dihasilkan. Bersedia menerima tempahan.  

Kesusahan hari ini, untuk kesenangan pada masa hadapan...bersangka baiklah kepada guru.

Image
  8 September 2020 (10 pagi) Aku bukanlah seorang guru yang pandai mendidik. Namun aku pastikan setiap pelajar yang aku didik mampu bersaing dan survive di dunia pekerjaan. Walaupun ada yang tidak puas hati dengan method pengajaran yang aku bawa, matlamatnya hanya satu, menghasilkan pelajar berKUALITI yang bukan sekadar tinggi pencapaian CGPA nya. Semoga ada pahala untuk usaha ini.

HARTA UNTUK ASBAB PAHALA

Alhamdulillah... Syukur ke hadrat illahi, aku dikurniakan harta baru hari ini...kereta baru, koyak kertas wooo...walaupun bukan dari teknologi terkini, tapi alhamdulillah bukan 2nd hand. Kenapa baru sekarang? selepas 10 tahun bekerja? Bukan diawal tahun-tahun aku bekerja sebagai akademia di UiTM? Sememangnya menjadi angan-angan setiap orang untuk memiliki kereta baru sebaik mendapat pekerjaan tetap, termasuk aku. Namun, angan-angan itu aku pendam dalam-dalam jauh di sudut ingatan, supaya tumpuan aku lebih kepada membantu mak dan abah memiliki sebuah rumah sendiri di kampung. Rumah sendiri bukannya rumah sewa. Alhamdulillah hasrat itu jadi nyata selepas 2 tahun aku bekerja. Lepas buat rumah, berkahwin, ada anak-anak, beli rumah untuk keluarga sendiri, so komitmen agak tinggi, tapi angan-angan yang jauh disudut ingatan tetap ada. Akhirnya setelah 10 tahun ekonomi makin stabil, sebuah kereta baru telah berjaya aku miliki. Cuma harapan aku adalah biarlah kereta baru in

PKP dan Penting Kan Peribadi

3 MEI 2020 (AHAD) Hari yang ke-46 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masuk fasa ke-4. Diri ini tinggal berseorangan di Perlis selama 50 hari setelah menghantar anak isteri ke Kelana Jaya sempena cuti sekolah pada 14 Mac 2020. Tarikh 18 Mac 2020, PKP dikuatkuasakan. Aku senantiasa kemaskini maklumat, data dan cakna perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia. Aku juga sedaya upaya patuh arahan PKP untuk kekal di rumah, dan amalkan cara hidup sihat dengan mencuci tangan dengan sabun dan mandi sekerap mungkin apabila keluar rumah untuk beli makanan dan barang keperluan. AKU PATUH . PKP berlarutan ke fasa-4 dan trend new confirmed cases turn to 3 digits after 16 days the curve flattens. Hot spots paling banyak di Selangor antaranya di Selayang dan Petaling Jaya. Menunjukkan kebolehjangkitan agak tinggi dikawasan ini. NAMUN , ada sebilangan yang mungkin KEBAL dari jangkitan COVID-19 yang telah mengorbankan 103 orang (setakat 2 Mei 2020) dan 230,104 orang seluruh dunia  (seta

PKP dan Google Classroom

Image
Alhamdulillah hari ini, Peraturan Kawalan Pergerakan (PKP) yang dah tak ingat hari keberapa. Masa-masa yang ada ini banyak buat video untuk Online Distance Learning (ODL) dan video tentang Google Classroom, untuk bantu rakan-rakan pendidik mengajar dalam platform atas talian ini. Semoga video yang dihasilkan memberi manfaat kepada yang memerlukan. Harapan aku, video ini di share kepada para pendidik. Semoga ada sedikit pahala yang dapat aku bawa nanti. InsyaAllah. 

Bagaimana nak dapat IDEA?

Macam mana nak dapat idea atau ilham? Idea untuk inovasi atau kajian penyelidikan. First sekali kene faham idea atau ilham ini adalah dari Allah, so nak dapat kene banyakkan berdoa dan minta pada-Nya. Aku sendiri ada amalkan dan fahami maksud doa yang pernah aku dapat ketika lawatan ke Kesatuan Pelajar Islam Perak (KPIP) dulu. Alhamdulillah aku dapat banyak idea/ilham untuk hasilkan produk inovasi dan tajuk-tajuk penyelidikan yang kadang-kadang diluar dari bidang pengajian (statistik). Kedua, kita kene set pemikiran bahawa setiap perkara di dunia ini tiada yang perfect, mesti ada celah-celah kelemahan yang boleh kita improve. Bukanlah bermaksud kita perlu mencari kelemahan dan kesalahan orang lain. Adakalanya environment atau sistem yang sedia ada belum cukup sempurna (memang tidak akan sempurna) untuk kita tambah baik atau tambah nilai. Dari situ datangnya idea untuk kita improve. Ketiga, kene tulis idea/ilham yang kita dapat, sebab ianya datang sekejap saja, dan mungkin

Pengalaman FRGS 2020

Assalamualaikum, lama tak tulis sesuatu di blog. Agak sibuk dengan preparation untuk jouney yang seterusnya...PhD. Belum daftar tapi sedang prepare . MOE ada open application untuk pembiayaan dana penyelidikan atau nama lainnya adalah Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) dengan ceiling RM250,000.00 untuk setiap permohonan. Kenapa kene apply ? - Untuk career path development khususnya pensyarah. Dana ($$$) tue dibelanjakan untuk apa? - untuk bayar upah research assistant (RA), travelling and transportation , publication fees , attend conference dalam dan luar negara. Apa benefit nya? - dapat supervise master/phd student(s) , dapat publish paper di journal-journal terkemuka yang semestinya ada bayaran dikenakan, dapat attend conference untuk share hasil penyelidikan. Semuanya antara criteria kenaikan pangkat ke Prof Madya, insyaAllah suatu hari nanti. Jadi hampir sebulan, aku bertungkus lumus menyiapkan draft proposal untuk dinilai oleh jawatankuasa p