PKP dan Penting Kan Peribadi

3 MEI 2020 (AHAD)

Hari yang ke-46 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masuk fasa ke-4. Diri ini tinggal berseorangan di Perlis selama 50 hari setelah menghantar anak isteri ke Kelana Jaya sempena cuti sekolah pada 14 Mac 2020. Tarikh 18 Mac 2020, PKP dikuatkuasakan. Aku senantiasa kemaskini maklumat, data dan cakna perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia. Aku juga sedaya upaya patuh arahan PKP untuk kekal di rumah, dan amalkan cara hidup sihat dengan mencuci tangan dengan sabun dan mandi sekerap mungkin apabila keluar rumah untuk beli makanan dan barang keperluan. AKU PATUH.

PKP berlarutan ke fasa-4 dan trend new confirmed cases turn to 3 digits after 16 days the curve flattens. Hot spots paling banyak di Selangor antaranya di Selayang dan Petaling Jaya. Menunjukkan kebolehjangkitan agak tinggi dikawasan ini.

NAMUN, ada sebilangan yang mungkin KEBAL dari jangkitan COVID-19 yang telah mengorbankan 103 orang (setakat 2 Mei 2020) dan 230,104 orang seluruh dunia (setakat 2 Mei 2020, sumber dari WHO) ataupun mungkin TELAH DIJAMIN SYURGA sekiranya mati akibat pandemik ini. Mereka ini KURANG PATUH dengan PKP. Keluar rumah ke tempat-tempat tumpuan ramai seperti pasaraya/mall tanpa sebab yang munasabah, tidak pakai mask, dan tidak mengamalkan social distancing. Ada yang ingin membeli barangan keperluan di pasaraya yang lebih jauh, sedangkan boleh saja beli diatas talian atau beli di kedai/pasaraya berhampiran.

Anda hanya PENTINGKAN DIRI SENDIRI. Anda TIDAK BERI KERJASAMA dalam memutuskan penularan jangkitan wabak ini. Anda membiarkan aku kekal berjauhan dengan anak-anak. Bersyukurlah anda boleh bertemu dengan ahli keluarga, berpuasa, berbuka bersama ahli keluarga, sedangkan aku disini KESEORANGAN,KERINDUAN. Please beri kerjasama, tak kira setinggi mana anda belajar, sejauh mana anda belajar. 

PLEASE JANGAN PENTINGKAN DIRI SENDIRI. DON'T BE SELFISH.




Comments

Popular posts from this blog

Pengelasan Ijazah Sarjana Muda

Dokumen rasmi dan cop pengesahan, jadikan satu aktiviti wajib setiap orang.

Kaedah penulisan sumber rujukan (Reference)