Posts

Showing posts from 2021

Kritikan dengan niat buruk

Image
Cadangan atau kritikan yang membina itu sangat bagus sebenarnya, agar kualiti kerja bertambah baik. Selalunya ianya hadir dari individu yang positive. Aku dambakan cadangan/kritikan sebegitu. Cadangan dan kritikannya membuatkan kualiti dan prestasi kerja semakin baik. Sebagai contoh panel penilai FRGS 2020 dan FRGS 2021.  Namun ada jenis cadangan/kritikan yang mempunyai niat buruk, ingin memperleceh, memalukan orang yang dikritik. Dan selalunya hadir dari individu ber'aura' negative. Janganlah ada sikap sebegini, ia tidak baik untuk diri, jabatan, fakulti dan organisasi. Sikap parasit ini perlu buang jauh dari diri. BERUBAH DAN INSAF LAH....

FRGS 2021

Image
 Lebih banyak yang penulis belajar pada permohonan FRGS 2021 kali ini. Alhamdulillah.

The power of Alumni

2 Mei 2021 | 12.30 pagi Fikiran penulis ligat berfikir apa yang alumni sesebuah organisasi / sekolah mampu sumbangkan sekiranya "Alumni" ini dapat digerakkan ke tahap yang optimum. Sekiranya sekolah menghasilkan 100 orang pelajar yang tamat Tingkatan 5 setiap tahun, ini bermakna: 100 pelajar x 20 tahun = 2000 pelajar = 2000 alumni sekiranya seorang alumni mampu menyumbang RM10 setahun, ini bermakna "Alumni" mampu mengutip sebanyak: 2000 alumni x RM10/setahun = RM20,000 setahun 2000 alumni x RM20/setahun = RM40,000 setahun Kutipan secara konsisten selama: 5 tahun x RM20,000 = RM100,000 @ RM200,000 (bagi kutipan RM20/setahun) 10 tahun x RM20,000 = RM200,000 @ RM400,000 (bagi kutipan RM20/setahun) Sekiranya ada di kalangan ahli Alumni yang memerlukan bantuan kecemasan/khairat kematian: 2000 alumni x RM10 seorang = RM20,000 dapat disumbangkan. Apa yang perlu dilakukan: Pihak sekolah / jawatankuasa Alumni perlu kumpulkan database pelajar secara konsisten setiap tahun. Pu

Dokumen rasmi dan cop pengesahan, jadikan satu aktiviti wajib setiap orang.

 27 April 2021 | 15 Ramadhan 1442 | Selasa Penulis ingin kongsikan pengalaman peribadi melalui zaman belajar dan bekerja. Memulakan pengajian di peringkat diploma pada tahun 2003 di UiTM Shah Alam. Seawal permohonan masuk ke ipt, penulis telah diajar oleh bapa untuk memastikan semua dokumen-dokumen penting seperti salinan kad pengenalan, surat beranak, result upsr, sijil berhenti sekolah, pmr (sekarang dikenali sebagai PT3), spm, slip pendapatan ibu bapa.....dibuat sekurang-kurangnya 3 salinan dan mendapatkan pengesahan dari individu yang berauthoriti (ketua kampung/imam/ guru besar/pengetua sekolah - masa tue dorang jer yang ada). Kenapa? Sebabnya, mungkin bila sudah ada di IPT ada banyak permohonan lain yang akan dibuat, contoh: permohonan PTPTN, permohonan kolej kediaman, permohonan zakat atau biasiswa. Semua ini memerlukan salinan dokumen-dokumen tadi. Maka seawal kemasukan penulis ke UITM, penulis sudah bersedia, tinggal nak bagi jer. Kalau semua salinan yang telah disahkan telah

Target Pencapaian 2021

Image
Tahun 2020 aku ada set beberapa target yang ingin dicapai. Aku sedaya upaya untuk capai kesemuanya, namun disebabkan kelemahan aku sebagai manusia biasa dan penularan COVID-19 ini (alasan...) ada beberapa target yang tak capai. Tapi ada 1 faktor yang aku rasakan significant kenapa target yang dah di "set" pada awal tahun tidak tercapai, iaitu perubahan kod kursus yang diajar pada semester Mac - Julai 2020 dan Oktober - Januari 2021. Pada tahun-tahun sebelumnya, kebiasaanya aku akan ajar subjek seperti QMT533 (Econometrics) dan STA570 (Time Series Analysis). Preparation yang aku telah buat untuk 2 kod kursus ini (nota, video, tutorial dll) 98% siap. Kenapa preparation ini perlu aku buat, antaranya adalah untuk aku achieve target 2020 yang lain, seperti penulisan proposal PhD, research grant, articles untuk terbitan journal berindeks dan innovation (penciptaan dan pertandingan). Tapi hal yang sebaliknya berlaku dimana aku tak ajar 1 atau 2 kod kursus berkenaan, aku diarahkan un

Kad Laporan Pencapaian 2020

Alhamdulillah tahun 2020 telah melabuhkan tirainya. Inilah pencapaian aku pada tahun 2020. Artikel Penerbitan: 1 artikel (Scopus Indexed) Permohonan Geran Penyelidikan: 8 permohonan FRGS = 1 permohonan (dapat Recomended, Highly Recomended tapi belum ada rezeki) Geran Lestari COVID-19 = 3 permohonan Geran Dalaman UiTM Perlis = 4 permohonan Pertandingan Inovasi: 3 Silver + 1 Bronze Awards The 8th Seminar on Innovation and Creativity - Silver Award The 9th Seminar on Innovation and Creativity - Silver Award Malaysia Technology Expo (MTE) Special Edition COVID-19 - Bronze Award Invention, Innovation & Design Exposition 2020 - Silver Award Intellectual Property Registered (MyIPO): 2