Posts

Showing posts from 2026

Competition pertama selepas ketiadaan mak

Image
17 Ogos 2026 Setakat tarikh ini, aku belum publish paper sendiri, tiada geran baru, tidak menyertai mana-mana pertandingan seperti tahun-tahun sebelumnya. Aku belum bersedia dan plan nak berehat buat seketika. Pulangnya mak kerahmatullah pada 16 Januari 2026, tinggalkan kesan yang berat pada diri ini. Namun Allah sebaik-baik planner , aku terima email daripada pji uitm perlis tentang pertandingan inovasi anjuran SIRIM Berhad, Kulim, Kedah. Kebanyakkan pertandingan inovasi sebelum-sebelum ini, mostly anjuran universiti, event kali ini anjuran agensi luar, agensi dibawah MITI, bagi aku, event ini besar dan tough . Aku hubungi beberapa rakan-rakan yang sentiasa bersama dalam beberapa pertandingan inovasi, bertanya samada berminat untuk turut serta untuk event kali ini. Setelah beberapa sesi perbincangan, 2 produk didaftarkan. Buat pertama kali ini, event nie yang paling lama, empat hari, 21-24 September 2026, dan tentatif yang kerap berubah-ubah. Aku dan amin tiba di Kulim malam 21hb. Ra...