Competition pertama selepas ketiadaan mak
17 Ogos 2026
Setakat tarikh ini, aku belum publish paper sendiri, tiada geran baru, tidak menyertai mana-mana pertandingan seperti tahun-tahun sebelumnya. Aku belum bersedia dan plan nak berehat buat seketika. Pulangnya mak kerahmatullah pada 16 Januari 2026, tinggalkan kesan yang berat pada diri ini. Namun Allah sebaik-baik planner, aku terima email daripada pji uitm perlis tentang pertandingan inovasi anjuran SIRIM Berhad, Kulim, Kedah. Kebanyakkan pertandingan inovasi sebelum-sebelum ini, mostly anjuran universiti, event kali ini anjuran agensi luar, agensi dibawah MITI, bagi aku, event ini besar dan tough.
Aku hubungi beberapa rakan-rakan yang sentiasa bersama dalam beberapa pertandingan inovasi, bertanya samada berminat untuk turut serta untuk event kali ini. Setelah beberapa sesi perbincangan, 2 produk didaftarkan.
Buat pertama kali ini, event nie yang paling lama, empat hari, 21-24 September 2026, dan tentatif yang kerap berubah-ubah. Aku dan amin tiba di Kulim malam 21hb. Rakan-rakan tolong register dan setup pada siang harinya. Judging session pula pada 22hb (selasa). Aku bergilir present dengan rakan. Cuba sedaya mungkin convince kan judges tentang produk inovasi yang aku cipta. Selesai judging sebelum jam 1, tapi tak boleh kemas booth. Kene kekalkan poster sehingga 24hb. Rakan-rakan ada yang pulang semula ke Perlis, dan ada yang ke hotel. Aku dan amin, kekal tunggu pada sebelah petang, dan bertolak pulang awal ke Perlis selepas maghrib, walaupun sepatutnya check-out esok 23hb. Sebab hati aku mula rasa tak tenteram.
Menjadi kebiasaan, sebelum aku nak present, aku pulang ke kampung, jumpa mak abah, bgtau yang aku masuk bertanding, dan minta mak doakan, cium tangan dan pipinya sebelum aku melangkah pergi ke tempat pertandingan. Tapi pertandingan kali ini lain, aku masih pulang ke kampung, jumpa abah, santuni abah...cuma mak jer yang dah tiada. Sepanjang perjalanan pulang ke Perlis selepas selesai judging, bermain-main di fikiran, apakah rezeki 2 produk yang aku pertandingankan, sebab mak dah tiada untuk doakan aku. Hati mula berbolak balik, nak pergi ker tak 24hb, hari results diumumkan.
24 September 2026
Aku plan nak pergi sendiri dengan amin, walaupun kawan-kawan naik van UiTM, tayar golek jam 6.30 pagi, kata Lin. Pagi tue baru gosok baju seluar, hati masih berbolak balik, nak pergi ker tidak. Bergerak dari rumah jam 7.11 pagi, aku pakai baju t-shirt dan seluar track suit, baju yang digosok aku sangkut dalam kete. Takda hati nak ke Kulim, aku nak ke Penang, jalan-jalan dengan amin. Aku dah tak kisah apa keputusannya, kawan-kawan ada boleh tolong ambilkan. Tiba di rnr Gurun, dapat whatsapp dari Trek PJI, Dr. Wan Izhan dan rakan-rakan yang dah tiba di Kulim, maklumkan result dah keluar, dan salah satu produk aku dapat Gold award. Majlis penyampaian hadiah untuk yang dapat Gold award jam 10.30. Aku bawa laju sikit, sampai di rnr Penanti, tukar baju seluar, dan tiba di SIRIM jam 10. Sempat sampai.
Alhamdulillah seperti dalam gambar produk aku, MyNutriCapsule Irrigation System dapat Gold award dan, MyNutriBesen dapat Silver award. Pada waktu itu baru aku sedar, walaupun emak dah kembali ke Rahmatullah, tapi doa emak untuk aku senantiasa ada. Event kali ini agak tough, sebab organize by industry, expectation agak tinggi, tapi Alhamdulillah masih dapat Gold award. Juga rezeki amin, si anak istimewa.
Terima kasih juga pada team member yang banyak bertungkus lumus, Lin, kak Yani, Nad, Dayah, Halimi, Umi dan Hafa.
Al-Fatihah untuk arwah emak, Norizan Binti Ishak.
Comments
Post a Comment