Posts

Showing posts from August, 2022

FRGS 2022 - Syukur Alhamdulillah, Berjaya

Image
Seperti tahun-tahun sebelumnya, tahun 2022 ini aku menyediakan 2 proposal grant Fundamental Research Grant Scheme (FRGS). Walaupun nama aku tak disenarai wajib untuk hantar proposal, tapi aku tetap hantar, sebagai tanda sokongan kepada PJI UiTM Cawangan Perlis. Ikutkan rekod, aku mula hantar pada tahun 2020, tapi gagal, bukan aku sorang tapi seluruh permohonan dari UiTM dan beberapa IPT lain atas masalah teknikal. Seminggu aku "down" tak nak buat kerja apa. Tahun 2021 aku cuba lagi, pun tak berjaya, tapi kali ini aku lebih bersedia menerima berita kegagalan daripada sistem MyGrants. 8 Ogos 2022 Aku dah dengar2 berita yang MOHE telah keluarkan keputusan permohonan yang berjaya. Ada beberapa IPT dah reveal bilangan proposal dan jumlah kumulatif grant yang berjaya. Aku sebenarnya dah bersedia dari awal lagi dan tidak mengharapkan sebarang berita baik. 9 Ogos 2022 Jam 11.55 pagi, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UiTM telah hantar email pemakluman kepada s