FRGS 2022 - Syukur Alhamdulillah, Berjaya

Seperti tahun-tahun sebelumnya, tahun 2022 ini aku menyediakan 2 proposal grant Fundamental Research Grant Scheme (FRGS). Walaupun nama aku tak disenarai wajib untuk hantar proposal, tapi aku tetap hantar, sebagai tanda sokongan kepada PJI UiTM Cawangan Perlis. Ikutkan rekod, aku mula hantar pada tahun 2020, tapi gagal, bukan aku sorang tapi seluruh permohonan dari UiTM dan beberapa IPT lain atas masalah teknikal. Seminggu aku "down" tak nak buat kerja apa. Tahun 2021 aku cuba lagi, pun tak berjaya, tapi kali ini aku lebih bersedia menerima berita kegagalan daripada sistem MyGrants.

8 Ogos 2022

Aku dah dengar2 berita yang MOHE telah keluarkan keputusan permohonan yang berjaya. Ada beberapa IPT dah reveal bilangan proposal dan jumlah kumulatif grant yang berjaya. Aku sebenarnya dah bersedia dari awal lagi dan tidak mengharapkan sebarang berita baik.

9 Ogos 2022

Jam 11.55 pagi, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UiTM telah hantar email pemakluman kepada semua warga dimana 890 proposal telah dihantar, namun hanya 164 proposal yang berjaya dengan jumlah yang diterima hampir RM17juta. Ini bermakna hanya 18% saja yang berjaya. Terus aku tak mengharap apa2. Aku redha.

Jam 12.04 tengahari, aku terima email daripada pihak RMC, aku ingat hanya email ulangan, beberapa kali aku cuba baca...rupanya permohonan FRGS aku berjaya. Kak yani pun whatsapp aku beritahukan hal yang sama untuk proposal aku yang kedua. Alhamdulillah 2 proposal aku BERJAYA dengan jumlah sebanyak RM142K. Speechless wei....


Alhamdulillah, aku syukur sangat-sangat. Penantian dan kesabaran selama 3 tahun membuahkan hasil. Komen dari panel KPT pun tak banyak dan sangat positive.




dan yang ditunggu-tunggu, poster tahniah dari UiTM Cawangan Perlis.




Pengajaran yang aku dapat adalah, biar tak pandai, tapi berkat usaha, rajin dan doa mak abah insyaAllah kejayaan akan kita dapat.




Comments

Popular posts from this blog

Pengelasan Ijazah Sarjana Muda

Dokumen rasmi dan cop pengesahan, jadikan satu aktiviti wajib setiap orang.

Kaedah penulisan sumber rujukan (Reference)