Posts

Showing posts from April, 2021

Dokumen rasmi dan cop pengesahan, jadikan satu aktiviti wajib setiap orang.

 27 April 2021 | 15 Ramadhan 1442 | Selasa Penulis ingin kongsikan pengalaman peribadi melalui zaman belajar dan bekerja. Memulakan pengajian di peringkat diploma pada tahun 2003 di UiTM Shah Alam. Seawal permohonan masuk ke ipt, penulis telah diajar oleh bapa untuk memastikan semua dokumen-dokumen penting seperti salinan kad pengenalan, surat beranak, result upsr, sijil berhenti sekolah, pmr (sekarang dikenali sebagai PT3), spm, slip pendapatan ibu bapa.....dibuat sekurang-kurangnya 3 salinan dan mendapatkan pengesahan dari individu yang berauthoriti (ketua kampung/imam/ guru besar/pengetua sekolah - masa tue dorang jer yang ada). Kenapa? Sebabnya, mungkin bila sudah ada di IPT ada banyak permohonan lain yang akan dibuat, contoh: permohonan PTPTN, permohonan kolej kediaman, permohonan zakat atau biasiswa. Semua ini memerlukan salinan dokumen-dokumen tadi. Maka seawal kemasukan penulis ke UITM, penulis sudah bersedia, tinggal nak bagi jer. Kalau semua salinan yang telah disahkan telah