Dokumen rasmi dan cop pengesahan, jadikan satu aktiviti wajib setiap orang.

 27 April 2021 | 15 Ramadhan 1442 | Selasa

Penulis ingin kongsikan pengalaman peribadi melalui zaman belajar dan bekerja. Memulakan pengajian di peringkat diploma pada tahun 2003 di UiTM Shah Alam. Seawal permohonan masuk ke ipt, penulis telah diajar oleh bapa untuk memastikan semua dokumen-dokumen penting seperti salinan kad pengenalan, surat beranak, result upsr, sijil berhenti sekolah, pmr (sekarang dikenali sebagai PT3), spm, slip pendapatan ibu bapa.....dibuat sekurang-kurangnya 3 salinan dan mendapatkan pengesahan dari individu yang berauthoriti (ketua kampung/imam/ guru besar/pengetua sekolah - masa tue dorang jer yang ada).

Kenapa?

Sebabnya, mungkin bila sudah ada di IPT ada banyak permohonan lain yang akan dibuat, contoh: permohonan PTPTN, permohonan kolej kediaman, permohonan zakat atau biasiswa. Semua ini memerlukan salinan dokumen-dokumen tadi. Maka seawal kemasukan penulis ke UITM, penulis sudah bersedia, tinggal nak bagi jer.

Kalau semua salinan yang telah disahkan telah habis digunakan bagaimana?

sebelum habis guna, pergi la photostat salinan yang telah disahkan. Tak sampai pun seratus ringgit.

Bila penulis dah belajar dan ada ilmu sikit berkenaan IT, penulis pun convertkan dokumen fizikal yang ada kepada bentuk digital.

Bagaimana??

Mudah saja, pergi kedai komputer, minta mereka scan dokumen-dokumen tadi dan simpan dalam format pdf, dan save dalam pendrive, atau lebih bijak lagi save di cloud storage seperti Google Drive, One Drive, Dropbox dll. So dah jimat duit, bila nak guna, just print colour. akan nampak mcm original dokumen-dokumen tadi.

aktiviti ini berlarutan sehingga lah penulis bekerja, semua dokumen-dokumen original masa belajar di ipt seperti result setiap semester, sijil AD, sijil-sijil yang lain semua akan di"scan" dan simpan dalam pendrive atau cloud storage.

aktiviti ini mudah sebenarnya, dan akan memudahkan urusan kita pada masa hadapan.

Tak percaya?? cuba la....


Comments

Popular posts from this blog

Pengelasan Ijazah Sarjana Muda

Kaedah penulisan sumber rujukan (Reference)