Target Pencapaian 2021

Tahun 2020 aku ada set beberapa target yang ingin dicapai. Aku sedaya upaya untuk capai kesemuanya, namun disebabkan kelemahan aku sebagai manusia biasa dan penularan COVID-19 ini (alasan...) ada beberapa target yang tak capai.

Tapi ada 1 faktor yang aku rasakan significant kenapa target yang dah di "set" pada awal tahun tidak tercapai, iaitu perubahan kod kursus yang diajar pada semester Mac - Julai 2020 dan Oktober - Januari 2021. Pada tahun-tahun sebelumnya, kebiasaanya aku akan ajar subjek seperti QMT533 (Econometrics) dan STA570 (Time Series Analysis). Preparation yang aku telah buat untuk 2 kod kursus ini (nota, video, tutorial dll) 98% siap. Kenapa preparation ini perlu aku buat, antaranya adalah untuk aku achieve target 2020 yang lain, seperti penulisan proposal PhD, research grant, articles untuk terbitan journal berindeks dan innovation (penciptaan dan pertandingan). Tapi hal yang sebaliknya berlaku dimana aku tak ajar 1 atau 2 kod kursus berkenaan, aku diarahkan untuk ajar kod kursus lain seperti STA108 (semester Mac - Julai 2020) dan STA111 dan STA408 bagi semester Oktober - Januari 2021.

Apa masalahnya? Aku tak boleh ajar ker kod kursus yang baru tue??

Boleh jer ajar, tiada masalah pun, sebab semua topics yang diajar aku pernah belajar. Cuma aku perlu spend masa yang terlalu banyak untuk sediakan notes, videos dan tutorials. Ini menyebabkan aku kekurangan masa untuk achieve targets yang lain.

Tak mengapa, aku yang menurut perintah, hopefully pada semester depan, aku dapat ajar subjek yang aku dah well prepared.

Ok so apa target untuk 2021, antaranya:

  1. PhD: siapkan proposal, hantar kepada potential sv, dan register.
  2. Artikel berindeks scopus: aku nak publish 2 paper
  3. Research grant: cuba untuk dapatkan 1 (MOHE atau MOSTI)
  4. Innovation award: cuba dapatkan 1 Gold tahun nie
cukup la tue, nanti banyak2 tak capai pula. Tapi target perlu ada, agar segala usaha dan mindset aku ke arah target 2021. Semoga dipermudahkan urusan aku tahun ini dan dikelilingi oleh insan2 yang berjiwa besar untuk majukan diri bukan sekadar masuk office, mengajar dan tanda semak kerja pelajar, itu kerja guru sekolah dan bukannya pensyarah universiti (aku ambil kata2 dan semangat dari Prof Rektor).



Comments

Popular posts from this blog

Pengelasan Ijazah Sarjana Muda

Dokumen rasmi dan cop pengesahan, jadikan satu aktiviti wajib setiap orang.

Jangan Ikut Resam Lalang