Bagaimana nak dapat IDEA?
Macam mana nak dapat idea atau ilham? Idea untuk inovasi atau kajian penyelidikan.
First sekali kene faham idea atau ilham ini adalah dari Allah, so nak dapat kene banyakkan berdoa dan minta pada-Nya. Aku sendiri ada amalkan dan fahami maksud doa yang pernah aku dapat ketika lawatan ke Kesatuan Pelajar Islam Perak (KPIP) dulu. Alhamdulillah aku dapat banyak idea/ilham untuk hasilkan produk inovasi dan tajuk-tajuk penyelidikan yang kadang-kadang diluar dari bidang pengajian (statistik).
Kedua, kita kene set pemikiran bahawa setiap perkara di dunia ini tiada yang perfect, mesti ada celah-celah kelemahan yang boleh kita improve. Bukanlah bermaksud kita perlu mencari kelemahan dan kesalahan orang lain. Adakalanya environment atau sistem yang sedia ada belum cukup sempurna (memang tidak akan sempurna) untuk kita tambah baik atau tambah nilai. Dari situ datangnya idea untuk kita improve.
Ketiga, kene tulis idea/ilham yang kita dapat, sebab ianya datang sekejap saja, dan mungkin akan hilang. Kadang-kadang idea/ilham tue datang tak kira tempat, dalam toilet tengah mandi atau tengah meneran pun boleh datang...so sediakan pen dan kertas dalam toilet hahaha....
Keempat, kalau tak berupaya untuk buat seorang diri, cari kawan-kawan yang boleh buat bersama. Bukan kawan "pembonceng gratis" na...
Kelima dan terakhir, present your work di pertandingan inovasi. Kenapa? untuk orang lain berikan comments dan idea/produk/paper yang dihasilkan dapat ditambahbaik lagi.
Water Hack Burns 2 lb of Fat OVERNIGHT
ReplyDeleteOver 160k women and men are trying a simple and SECRET "liquids hack" to lose 2 lbs each night in their sleep.
It's easy and it works every time.
This is how you can do it yourself:
1) Grab a glass and fill it up with water half full
2) Now do this strange HACK
you'll become 2 lbs thinner as soon as tomorrow!