Alhamdulillah, pihak LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA NEGARA (LPPKN) telah melantik saya dan 2 orang rakan yang lain sebagai perunding untuk satu projek kajian di Kg Nesam, Bintong, Perlis.
Ramai diantara pelajar tidak tahu tentang kelas-kelas bagi program ijazah sarjana muda yang sedang pelajar ikuti. Hal ini perlu diketahui kerana setiap kelas mempunyai implikasi tertentu. Ijazah Sarjana Muda terbahagi kepada 4 kelas (bergantung kepada universiti dan program pengajian, secara umumnya seperti dibawah): Kelas Pertama (CGPA 3.50 - 4.00) Kelas Kedua Atas (CGPA 3.00 - 3.49) Kelas Kedua Bawah (CGPA 2.20 - 2.99) Kelas Ketiga (CGPA 2.00 - 2.19) Kebaikan/Keburukan setiap kelas: Kelas Pertama: Mudah mendapat biasiswa untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Master dan PhD Antara syarat khas untuk biasiswa PhD ke luar negara Menjadi perhatian syarikat-syarikat (tetapi tidak semua) untuk diterima bekerja. Tidak perlu bayar PTPTN (pinjaman bertukar kepada biasiswa) Kelas Kedua Atas Antara syarat minima untuk biasiswa Tenaga Pengajar Muda (TPM) UiTM Syarat wajib untuk memohon meneruskan pengajian ke peringkat Sarjana (Master) Ada sesetengah s...
27 April 2021 | 15 Ramadhan 1442 | Selasa Penulis ingin kongsikan pengalaman peribadi melalui zaman belajar dan bekerja. Memulakan pengajian di peringkat diploma pada tahun 2003 di UiTM Shah Alam. Seawal permohonan masuk ke ipt, penulis telah diajar oleh bapa untuk memastikan semua dokumen-dokumen penting seperti salinan kad pengenalan, surat beranak, result upsr, sijil berhenti sekolah, pmr (sekarang dikenali sebagai PT3), spm, slip pendapatan ibu bapa.....dibuat sekurang-kurangnya 3 salinan dan mendapatkan pengesahan dari individu yang berauthoriti (ketua kampung/imam/ guru besar/pengetua sekolah - masa tue dorang jer yang ada). Kenapa? Sebabnya, mungkin bila sudah ada di IPT ada banyak permohonan lain yang akan dibuat, contoh: permohonan PTPTN, permohonan kolej kediaman, permohonan zakat atau biasiswa. Semua ini memerlukan salinan dokumen-dokumen tadi. Maka seawal kemasukan penulis ke UITM, penulis sudah bersedia, tinggal nak bagi jer. Kalau semua salinan yang telah disahkan te...
Post kali ini akan membincangkan kaedah penulisan sumber mengikut format American Psychological Association (APA) edisi ke 6. Ada banyak cara untuk dapatkan reference tapi saya akan tunjukkan cuma dua teknik sahaja yang biasa saya gunakan untuk sebarang kerja-kerja penulisan. Mendeley Pertama set style yang akan digunakan oleh Mendeley seperti gambar dibawah: Katakan saya ingin tulis reference bagi artikel yang ditulis oleh Ling, Chan Yew bertajuk "Consumers’ purchase intention of green products: an investigation of the drivers and moderating variable". Caranya: Right klik pada artikel > Copy > Formatted Citation dan paste dimana tempat yang anda inginkan. Hasilnya: Ling, C. Y. (2013). Consumers’ purchase intention of green products: an investigation of the drivers and moderating variable. Elixir Marketing Mgmt. 5, 57(A), 14503–14509. Retrieved from http://www.elixirpublishers.com/articles/1367043926_57A (2013) 14503-14509.p...
Comments
Post a Comment