Imbau 1: Permodalan Nasional Berhad (PNB)

Diri ini rasa bertuah kerana suatu masa dulu, di akhir pengajian degree berpeluang untuk praktikal di sebuah company besar seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Diakhir part 5 degree, banyak surat dihantar untuk mohon buat latihan praktik di syarikat2 area selangor dan kuala lumpur, ada juga yang beri maklum balas positive, tapi akhirnya PNB juga jadi pilihan.

Pada mulanya, tak tahu PNB nie buat bisnes ape, hanya tahu company nie yang buat buku simpanan amanah saham bumiputera (ASB). Aku ditempatkan di bawah selian Procument Department (Jabatan Perolehan). Disini aku timba ilmu sebanyak mungkin, semua ilmu statistik yang pernah belajar di UiTM, satu habuk pun tak guna...cuma satu, ilmu MS Excel, itupun aku belajar sendiri atas dasar minat.

Kongsi sikit gambar2 muda-mudi zaman belajar...



Terima kasih tidak terhingga kepada En Zai (supervisor), En Najib, Abg Aswad, En. Suhaimi, Kak Lela, Kak Zira, Kak Nani, dan En Latif (Bos) yang banyak ajar aku ilmu-ilmu diluar bidang pengajian.




Comments

Popular posts from this blog

Pengelasan Ijazah Sarjana Muda

Assignment 3 QMT181/216

MyNutriBesen