EGO juga perlu di "KORBAN" kan.

 18 JULAI 2022 (00:43 pagi)

Alhamdulillah tahun nie dapat buat korban untuk abah. InsyaAllah tahun depan along buat untuk mak pula.

Sikit untuk aku coretkan pada awal pagi ini.

Ibadah korban bukan sekadar sembelih 8-9 ekor lembu...tapi lebih daripada tue. Selain daripada memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s, ia juga tanda kita syukur atas nikmat yang Allah swt kurniakan kepada hambanya.

Kita juga harus "korban"kan ego diri dan "korban"kan sikap tidak mahu menerima pandangan orang lain. Pemilihan lokasi korban perlu menerima pakai pandangan majoriti ajk/ qariah kampung. Perlu mengambil kira kesesuaian tempat dan tahap penglibatan qariah dalam aktiviti penyembelihan binatang korban.

Bukannya ingin menunjukkan aset tanah yang dimiliki dan berapa banyak harta telah diperolehi. Itupun sekiranya pemilikan harta sah dari sisi syarak dan tidak memiliki harta dengan cara yang batil.

Semoga ibadah korban akan datang diurus dengan lebih baik dan bijaksana.

Comments

Popular posts from this blog

Pengelasan Ijazah Sarjana Muda

Dokumen rasmi dan cop pengesahan, jadikan satu aktiviti wajib setiap orang.

Kaedah penulisan sumber rujukan (Reference)