SAHABAT itu REZEKI
17 Julai 2022 (11 malam)
Plan asal malam nie sebenarnya, aku nak marking test pelajar, rutin biasa nak dekat exam, dan pelajar pun dah habis kuliah pada 15 Julai yang lalu...tapi plan nie tak jadi, sebab ada sesuatu difikiran yang aku perlu tulis dengan segera.
ianya tentang SAHABAT.
aku kira ada beza diantara RAKAN dan SAHABAT. Izinkan aku berbeda pandangan tentang hal ini. Bagi aku RAKAN adalah individu yang ko boleh borak-borak kosong, lepak minum-minum, ber"huha-huha" dll. Tapi SAHABAT, borak bukanlah borak kosong, lepak minum masih ada pengisian, mendorong atau didorong dengan misi hidup mereka yang yang jelas.
Permulaan kareer aku dalam bidang akademik yang SEBENAR agak lewat, walaupun lapor diri pada 2010, tapi aku lalai dengan gaji yang tinggi dan mungkin nak "holiday" selepas penat habiskan pengajian di peringkat sarjana. Tersedarnya aku 3 tahun kemudian, apabila sorang SAHABAT mulakan pengajian PhD dan berpindah ke kampus Jengka.
Aku tiada mentor disini, bidang aku hanya servicing dan tiada student dari aliran yang sama. Aku mula berSAHABAT dengan sorang pensyarah yang baru balik dari buat Post-Doc. Dia seorang yang humble, tak lokek ilmu dan pengalaman. Daripada dia aku belajar banyak perkara, cara nak visiblekan diri as academician, permohonan grant-grant penyelidikan, penglibatan dalam inovasi dan banyak lagi, walaupun bidang kami berbeza.
Pada penghujung November 2020, Allah berikan aku rezeki berSAHABAT dengan 2 individu yang hebat, komited dan bersemangat. sorang dari sains gunaan dan sorang lagi dari agrotech. SAHABAT pertama aku kenal gitu-gitu ja, sebab jadi ajk OBE, jadi ada beberapa keadaan aku perlukan penjelasan lanjut darinya. Beliau juga pernah hadir ke bengkel aku pada 2017 dan mula aktif bercucuk tanam bersama arwah ibunya. First trigger apabila sama2 masuk IIDEX 2020, dan selepas daripada itu banyak aktiviti bersama dijalankan, research group, fyp project, permohonan grant, penulisan artikel dan projek2 komuniti. SAHABAT kedua pensyarah baru masuk tapi sangat aktif dan berdedikasi.
ramai lagi SAHABAT-SAHABAT yang tak sempat aku nukilkan pada penulisan aku malam ini. Namun, mendapat SAHABAT yang mempunyai matlamat dan ideologi yang sama, mempunyai iltizam untuk sama-sama majukan diri dan tidak berkira menyumbang idea dan keringat dalam aktiviti, itu adalah REZEKI daripada-Nya.
Syukur Ya Rabb....Kau kurniakan pada ku SAHABAT-SAHABAT. Semoga setiap perkara yang kami lakukan, menjadi amal soleh untuk kami bawa nanti insyaAllah.
Terima kasih SAHABAT.
Comments
Post a Comment