Sekilas Pencapaian 2022

Assalamualaikum

15 November 2022 yang lalu tarikh akhir semua staf akademik UiTM menghantar borang MyATP yang mengandungi segala aktiviti, khidmat bakti dan pencapaian dari 1/1/2022 sehingga 15/11/2022. Penilaian MyATP tahun ini ada sedikit pembaharuan dimana markah penilaian dipecahkan kepada 3 komponen:

Komponen 1: Tugas Hakiki (60%)

Komponen 2: Individual Quality Assessment (20%)

Komponen 3: Markah dari bos (20%)

Tahun 2022 ini sangat special sebab secara peribadinya aku "outperform" berbanding tahun-tahun sebelumnya. Antaranya:

1) Geran Penyelidikan

  • Permohonan: 10 kertas permohonan telah dihantar
  • Berjaya: 6 permohonan, 2 pending (RM100,000.00).
  • Jumlah (RM): RM162,000.00
2) Penyeliaan - 3 student Master by Research

3) Penerbitan - 7 penerbitan (3 artikel berindeks)

4) Perundingan - 3 perundingan (Jumlah: RM18,300.00)

5) Bengkel - 4 invited speaker (bengkel tanaman ja pun...jadila)

Alhamdulillah....syukur pada Allah swt atas nikmat dan rezeki yang diberikan. Doa dari mak dan abah yang tak putus-putus buat aku...sokongan isteri, keluarga, dan sahabat-sahabat yang"sekapal".

Terima kasih juga kepada "pengkritik-pengkritik", kerana anda, aku cabar diri ini untuk pecah "boundary limit" untuk lebih bagus dan cemerlang dari anda.



Semoga tahun hadapan, momentum ini kekal dan lebih lagi untuk aku capai kejayaan buat mak dan abah di kampung dan "role model" pada anak-anak ku.


Comments

Popular posts from this blog

Pengelasan Ijazah Sarjana Muda

Dokumen rasmi dan cop pengesahan, jadikan satu aktiviti wajib setiap orang.

QMT425 : Simulation