Posts

EGO juga perlu di "KORBAN" kan.

 18 JULAI 2022 (00:43 pagi) Alhamdulillah tahun nie dapat buat korban untuk abah. InsyaAllah tahun depan along buat untuk mak pula. Sikit untuk aku coretkan pada awal pagi ini. Ibadah korban bukan sekadar sembelih 8-9 ekor lembu...tapi lebih daripada tue. Selain daripada memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s, ia juga tanda kita syukur atas nikmat yang Allah swt kurniakan kepada hambanya. Kita juga harus "korban"kan ego diri dan "korban"kan sikap tidak mahu menerima pandangan orang lain. Pemilihan lokasi korban perlu menerima pakai pandangan majoriti ajk/ qariah kampung. Perlu mengambil kira kesesuaian tempat dan tahap penglibatan qariah dalam aktiviti penyembelihan binatang korban. Bukannya ingin menunjukkan aset tanah yang dimiliki dan berapa banyak harta telah diperolehi. Itupun sekiranya pemilikan harta sah dari sisi syarak dan tidak memiliki harta dengan cara yang batil. Semoga ibadah korban akan datang diurus dengan lebih baik da...

SAHABAT itu REZEKI

 17 Julai 2022 (11 malam) Plan asal malam nie sebenarnya, aku nak marking test pelajar, rutin biasa nak dekat exam, dan pelajar pun dah habis kuliah pada 15 Julai yang lalu...tapi plan nie tak jadi, sebab ada sesuatu difikiran yang aku perlu tulis dengan segera. ianya tentang SAHABAT . aku kira ada beza diantara RAKAN dan SAHABAT . Izinkan aku berbeda pandangan tentang hal ini. Bagi aku RAKAN adalah individu yang ko boleh borak-borak kosong, lepak minum-minum, ber"huha-huha" dll. Tapi SAHABAT , borak bukanlah borak kosong, lepak minum masih ada pengisian, mendorong atau didorong dengan misi hidup mereka yang yang jelas. Permulaan kareer aku dalam bidang akademik yang SEBENAR agak lewat, walaupun lapor diri pada 2010, tapi aku lalai dengan gaji yang tinggi dan mungkin nak "holiday" selepas penat habiskan pengajian di peringkat sarjana. Tersedarnya aku 3 tahun kemudian, apabila sorang SAHABAT mulakan pengajian PhD dan berpindah ke kampus Jengka.  Aku tiada mentor d...

Perjalanan Hari Raya 2022

 29 April 2022 (Jumaat): Arau - Kelana Jaya (1 pagi) 30 April 2022 (Sabtu): Kelana Jaya - Changkat Keruing 1 Mei 2022 (Ahad): Changkat Keruing - Kelana Jaya (12.30 tghr tiba) (3.30 bertolak) - Pasir Panjang (12 malam) 2 Mei 2022 (Isnin): 1 Syawal di Pasir Panjang 3 Mei 2022 (Selasa): 2 Syawal di Changkat Keruing (2.30 petang - 8 malam) 4 Mei 2022 (Rabu): 3 Syawal  Pasir Panjang - Kelana Jaya 5 Mei 2022 (Khamis): 4 Syawal di Kelana Jaya 6 Mei 2022 (Jumaat): 5 Syawal Kelana Jaya (1 petang) - Changkat Keruing 7 Mei 2022 (Sabtu): 6 Syawal di Changkat Keruing 8 Mei 2022 (Ahad): 7 Syawal Changkat Keruing (2.30 petang) - Arau Penat memandu di Hari Raya.

Kritikan dengan niat buruk

Image
Cadangan atau kritikan yang membina itu sangat bagus sebenarnya, agar kualiti kerja bertambah baik. Selalunya ianya hadir dari individu yang positive. Aku dambakan cadangan/kritikan sebegitu. Cadangan dan kritikannya membuatkan kualiti dan prestasi kerja semakin baik. Sebagai contoh panel penilai FRGS 2020 dan FRGS 2021.  Namun ada jenis cadangan/kritikan yang mempunyai niat buruk, ingin memperleceh, memalukan orang yang dikritik. Dan selalunya hadir dari individu ber'aura' negative. Janganlah ada sikap sebegini, ia tidak baik untuk diri, jabatan, fakulti dan organisasi. Sikap parasit ini perlu buang jauh dari diri. BERUBAH DAN INSAF LAH....

FRGS 2021

Image
 Lebih banyak yang penulis belajar pada permohonan FRGS 2021 kali ini. Alhamdulillah.

The power of Alumni

2 Mei 2021 | 12.30 pagi Fikiran penulis ligat berfikir apa yang alumni sesebuah organisasi / sekolah mampu sumbangkan sekiranya "Alumni" ini dapat digerakkan ke tahap yang optimum. Sekiranya sekolah menghasilkan 100 orang pelajar yang tamat Tingkatan 5 setiap tahun, ini bermakna: 100 pelajar x 20 tahun = 2000 pelajar = 2000 alumni sekiranya seorang alumni mampu menyumbang RM10 setahun, ini bermakna "Alumni" mampu mengutip sebanyak: 2000 alumni x RM10/setahun = RM20,000 setahun 2000 alumni x RM20/setahun = RM40,000 setahun Kutipan secara konsisten selama: 5 tahun x RM20,000 = RM100,000 @ RM200,000 (bagi kutipan RM20/setahun) 10 tahun x RM20,000 = RM200,000 @ RM400,000 (bagi kutipan RM20/setahun) Sekiranya ada di kalangan ahli Alumni yang memerlukan bantuan kecemasan/khairat kematian: 2000 alumni x RM10 seorang = RM20,000 dapat disumbangkan. Apa yang perlu dilakukan: Pihak sekolah / jawatankuasa Alumni perlu kumpulkan database pelajar secara konsisten setiap tahun. Pu...

Dokumen rasmi dan cop pengesahan, jadikan satu aktiviti wajib setiap orang.

 27 April 2021 | 15 Ramadhan 1442 | Selasa Penulis ingin kongsikan pengalaman peribadi melalui zaman belajar dan bekerja. Memulakan pengajian di peringkat diploma pada tahun 2003 di UiTM Shah Alam. Seawal permohonan masuk ke ipt, penulis telah diajar oleh bapa untuk memastikan semua dokumen-dokumen penting seperti salinan kad pengenalan, surat beranak, result upsr, sijil berhenti sekolah, pmr (sekarang dikenali sebagai PT3), spm, slip pendapatan ibu bapa.....dibuat sekurang-kurangnya 3 salinan dan mendapatkan pengesahan dari individu yang berauthoriti (ketua kampung/imam/ guru besar/pengetua sekolah - masa tue dorang jer yang ada). Kenapa? Sebabnya, mungkin bila sudah ada di IPT ada banyak permohonan lain yang akan dibuat, contoh: permohonan PTPTN, permohonan kolej kediaman, permohonan zakat atau biasiswa. Semua ini memerlukan salinan dokumen-dokumen tadi. Maka seawal kemasukan penulis ke UITM, penulis sudah bersedia, tinggal nak bagi jer. Kalau semua salinan yang telah disahkan te...