Posts

Target Pencapaian 2021

Image
Tahun 2020 aku ada set beberapa target yang ingin dicapai. Aku sedaya upaya untuk capai kesemuanya, namun disebabkan kelemahan aku sebagai manusia biasa dan penularan COVID-19 ini (alasan...) ada beberapa target yang tak capai. Tapi ada 1 faktor yang aku rasakan significant kenapa target yang dah di "set" pada awal tahun tidak tercapai, iaitu perubahan kod kursus yang diajar pada semester Mac - Julai 2020 dan Oktober - Januari 2021. Pada tahun-tahun sebelumnya, kebiasaanya aku akan ajar subjek seperti QMT533 (Econometrics) dan STA570 (Time Series Analysis). Preparation yang aku telah buat untuk 2 kod kursus ini (nota, video, tutorial dll) 98% siap. Kenapa preparation ini perlu aku buat, antaranya adalah untuk aku achieve target 2020 yang lain, seperti penulisan proposal PhD, research grant, articles untuk terbitan journal berindeks dan innovation (penciptaan dan pertandingan). Tapi hal yang sebaliknya berlaku dimana aku tak ajar 1 atau 2 kod kursus berkenaan, aku diarahkan un...

Kad Laporan Pencapaian 2020

Alhamdulillah tahun 2020 telah melabuhkan tirainya. Inilah pencapaian aku pada tahun 2020. Artikel Penerbitan: 1 artikel (Scopus Indexed) Permohonan Geran Penyelidikan: 8 permohonan FRGS = 1 permohonan (dapat Recomended, Highly Recomended tapi belum ada rezeki) Geran Lestari COVID-19 = 3 permohonan Geran Dalaman UiTM Perlis = 4 permohonan Pertandingan Inovasi: 3 Silver + 1 Bronze Awards The 8th Seminar on Innovation and Creativity - Silver Award The 9th Seminar on Innovation and Creativity - Silver Award Malaysia Technology Expo (MTE) Special Edition COVID-19 - Bronze Award Invention, Innovation & Design Exposition 2020 - Silver Award Intellectual Property Registered (MyIPO): 2

Usia ku meningkat lagi

Alhamdulillah usia ku meningkat lagi dengan izin Allah. Menjadi satu kewajipan pada setiap 6 Oktober, aku akan ucap terima kasih pada mak dan abah kerana membesarkan aku, dari rumah setinggan di Kg Selayang Lama sehingga la aku mampu milik rumah sendiri di utara tanah air. Syukur alhamdulillah. Entah kenapa, dalam 2 tahun ini (2019 dan 2020), 6 Oktober jatuh pada hari konferens yang aku menjadi sebahagian dari jawatankuasa penganjur. 2019 pada konferen ICOFA dan 2020 pada konferen iidea-BIZMENT. Alhamdulillah memori terindah bagiku. Tak dinafikan, pertambah usia mendekatkan diri dengan kembalinya pada Pencipta. Bila? aku pun tak tahu, walaupun kepakaran bidang kajian banyak tertumpu kepada ramalan masa hadapan (Time Series Analysis and Forecasting). InsyaAllah dengan pertambahan usia ini akan aku manfaatkan masa dan tenaga untuk berbakti pada mak abah, isteri dan anak2, dan juga pada masyarakat. Aku titipkan disini beberapa perancangan, semoga Allah permudahkan: 1) Aku nak sambung PhD....

MyNutriCapsule

Image
Alhamdulillah satu lagi produk inovasi bagi tahun 2020 telah dihasilkan. Bersedia menerima tempahan.  

Kesusahan hari ini, untuk kesenangan pada masa hadapan...bersangka baiklah kepada guru.

Image
  8 September 2020 (10 pagi) Aku bukanlah seorang guru yang pandai mendidik. Namun aku pastikan setiap pelajar yang aku didik mampu bersaing dan survive di dunia pekerjaan. Walaupun ada yang tidak puas hati dengan method pengajaran yang aku bawa, matlamatnya hanya satu, menghasilkan pelajar berKUALITI yang bukan sekadar tinggi pencapaian CGPA nya. Semoga ada pahala untuk usaha ini.

HARTA UNTUK ASBAB PAHALA

Alhamdulillah... Syukur ke hadrat illahi, aku dikurniakan harta baru hari ini...kereta baru, koyak kertas wooo...walaupun bukan dari teknologi terkini, tapi alhamdulillah bukan 2nd hand. Kenapa baru sekarang? selepas 10 tahun bekerja? Bukan diawal tahun-tahun aku bekerja sebagai akademia di UiTM? Sememangnya menjadi angan-angan setiap orang untuk memiliki kereta baru sebaik mendapat pekerjaan tetap, termasuk aku. Namun, angan-angan itu aku pendam dalam-dalam jauh di sudut ingatan, supaya tumpuan aku lebih kepada membantu mak dan abah memiliki sebuah rumah sendiri di kampung. Rumah sendiri bukannya rumah sewa. Alhamdulillah hasrat itu jadi nyata selepas 2 tahun aku bekerja. Lepas buat rumah, berkahwin, ada anak-anak, beli rumah untuk keluarga sendiri, so komitmen agak tinggi, tapi angan-angan yang jauh disudut ingatan tetap ada. Akhirnya setelah 10 tahun ekonomi makin stabil, sebuah kereta baru telah berjaya aku miliki. Cuma harapan aku adalah biarlah kereta baru in...

PKP dan Penting Kan Peribadi

3 MEI 2020 (AHAD) Hari yang ke-46 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masuk fasa ke-4. Diri ini tinggal berseorangan di Perlis selama 50 hari setelah menghantar anak isteri ke Kelana Jaya sempena cuti sekolah pada 14 Mac 2020. Tarikh 18 Mac 2020, PKP dikuatkuasakan. Aku senantiasa kemaskini maklumat, data dan cakna perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia. Aku juga sedaya upaya patuh arahan PKP untuk kekal di rumah, dan amalkan cara hidup sihat dengan mencuci tangan dengan sabun dan mandi sekerap mungkin apabila keluar rumah untuk beli makanan dan barang keperluan. AKU PATUH . PKP berlarutan ke fasa-4 dan trend new confirmed cases turn to 3 digits after 16 days the curve flattens. Hot spots paling banyak di Selangor antaranya di Selayang dan Petaling Jaya. Menunjukkan kebolehjangkitan agak tinggi dikawasan ini. NAMUN , ada sebilangan yang mungkin KEBAL dari jangkitan COVID-19 yang telah mengorbankan 103 orang (setakat 2 Mei 2020) dan 230,104 orang seluruh dunia...