Posts

TANPA BELIAU SIAPALAH AKU…..USTAZAH WAN HALIMATUN SAADIAH

Image
TANPA BELIAU SIAPALAH AKU…..USTAZAH WAN HALIMATUN SAADIAH Pertama kali berjumpa dengan ustazah di Tingkatan 2. Tegas dan garang, itulah penilaian pertamuku apabila ustazah masuk ke kelas bagi subjek matematik. Tetapi setelah beberapa minggu belajar dengan ustazah, aku mula SERASI dengan pendekatan ustazah mengajar. Hampir setiap petang, di sudut banggunan bilik guru, aku menadah ilmu darinya, ditemani anak-anaknya yang masih kecil ketika itu, Zaid, Fatimah dan Hanzalah. Rutin ini berlarutan hingga ke peperiksaan PMR. Ustazah juga telah menghantar aku ke kursus motivasi Dr Ismadi di Simpang Pulai, dengan dibiaya sepenuhnya oleh ustazah. Alhamdulillah, aku dapat A bagi subjek matematik. Pernah aku menyuarakan keinginan untuk tidak sambung Tingkatan 4 (T4) di MUC pada ustazah, atas faktor kesihatan dan kesusahan emak dan abah berniaga nasi lemak di Kuala Lumpur. Namun hasratku dibantah keras oleh ustazah di sebuah pondok rehat dihadapan sekolah. Atas nasihatnya, aku teruskan juga...

2017 Berakhir....Welcome 2018

Alhamdulillah 2017 sampai ke penghujungnya. Banyak yang telah dicapai pada tahun ini. Syukur pada Allah atas keizinanNya, segala perancangan dan usaha membuahkan hasil. Antara pencapaian: Promotion to Senior Lecturer Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (2016) Bronze Medal - Karnival Sukan Staf UiTM (KARISTA) - PingPong Bronze Award - iMIT-SIC 2017 (Produk: MyNutriBesen) Bronze Medal - iTeLearN 2017 (Produk: MOOC STA408) Penyelidik - Indeks Shariah Malaysia 2017 (Grant: RM100,000.00) Perunding - Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Perlis Penceramah - Bengkel Hidropot dan MyNutriBesen Penceramah - Kursus Tanaman Laman Rumah anjuran Amanah Ikhtiar Malaysia  Bagi 2018, aku berazam untuk usaha lebih baik lagi. Antara sasaran 2018: Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017 Silver Medal - KARISTA di UiTM Kedah Gold Medal - Crystal Innovation iIDeA 2018 Bronze Medal - iidex 2018 1 Buku tentang Hidropot dan MyNutriBesen with ISBN 2 Chapters in Book (Inter...

Excel: Buang Cell Kosong & Susun Semula

Image
Assalamualaikum, post kali Athirah (student FYP) saya akan tunjukkan bagaimana untuk buang cell yang kosong, dan susun semula mengikut ascending order. Credit to Athirah. Selamat menonton. p.s: Maaf suaranya perlahan sikit, mungkin sebab malu.

Excel: Extract data from Excel cells

Image
Assalamualaikum, tutorial pada hari ini adalah bagaimana untuk asingkan data yang diperlukan dari Excel cell. Semoga bermanfaat.

Borang Maklumat Pelajar

Image
Assalamualaikum, kepada para pelajar, anda dikehendaki untuk mengisi Borang Maklumat Pelajar yang telah disediakan. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Berbin/bintikan smartphone

Image
Waktu cuti merupakan waktu yang ditunggu-tunggu oleh semua ahli keluarga. Mak abah menunggu kepulangan anak-anak balik ke kampung, anak-anak pula tak sabar untuk pulang ke kampung berjumpa mak abah/atok opah atau jalan-jalan ke tempat yang menarik. Pasangan suami isteri pula dapat luangkan lebih masa bersama keluarga.  Namun, pemerhatian mendapati, masa yang sepatutnya digunakan sebaiknya bersama ahli keluarga telah digunakan untuk memberi tumpuan hampir sepenuhnya kepada smartphone masing-masing. Smartphone tidak lekang di tangan, WhatsApp ditunggu-tunggu 'alert notification'-nya menandakan ada mesej masuk, Facebook di'share', di'like', dibaca hampir setiap masa. Smartphone sentiasa dibaca tidak kira masa. Fikiran tertanya-tanya, kenapakah smartphone ini diberikan perhatian jauh lebih besar berbangding ahli keluarga? Hendak dikatakan kad pengenalan ber-bin/bintikan SamsungGalaxyNote8, tengok ic xjumpa. Diperhati sijil nikah/kad perakuan nikah tid...

Alhamdulillah....Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Image