Posts

Showing posts from 2018

Istiqomah

Sahabat Ketika kita bicara Istiqomah Direndahkan tidak mungkin jadi sampah Disanjung tidak mungkin jadi rembulan Maka jangan risaukan omongan orang Sebab setiap orang membacamu dengan pemahaman dan pengalaman yang berbeda Teruslah melangkah selama engkau di jalan yang benar Meski terkadang kebaikan tidak selalu dihargai Tidak usah pening menjelaskan dirimu Sebab yang menyukaimu tidak memerlukan itu Dan yang membencimu..tidak percaya itu Sahabat Hidup itu bukan tentang siapa yang terbaik Tapi tentang siapa yang mahu berbuat baik Jika didzalimi orang Jangan berpikir untuk membalas dendam Tapi berpikirlah cara membalas dengan kebaikan Kerana Robb kita Maha Baik Dan tanamkan agar orang lain juga mendapatkan kebaikan Sebagaimana yang kita peroleh Dari yang Maha Baik ~ petikan dari Ust Yayat Rukhiyat ~ diperoleh dari post sahabat

Linear Regression: Model Selection Procedure

Image
Model selection procedure for Linear Regression Model based on AIC criterion. Forward, Backward and Stepwise selection will be used. Jom belajar

Update: Linear Regression Model using R (with Dummy Variable)

Image
Jom belajar  Linear Regression Model using R (with Dummy variable)

Aktiviti dan Pencapaian 2018

PERINGKAT BILANGAN KEGIATAN DAN SUMBANGAN 1)      ANTARABANGSA 5 2)      KEBANGSAAN 9 3)      UNIVERSITI 4 4)      FAKULTI/JABATAN 3 JUMLAH 21 PENCAPAIAN BILANGAN 1)      ANTARABANGSA ·         GOLD MEDAL ·         SPECIAL AWARD 1 1 2)      KEBANGSAAN ·         TEMPAT PERTAMA 1 JUMLAH 3 PERINGKAT BILANGAN PENERBITAN 1)      ANTARABANGSA ·         BUKU ·         BAB DALAM BUKU ·         ART...

Box-Jenkins Methodology using R Programming

Image
Jom belajar  Box-Jenkins methodology using R Programming

Markah SKT dan Penilai Sebenar

"Hari ini mesti lebih baik dari semalam, hari esok mesti lebih baik dari hari ini", kata-kata ini aku pegang pada setiap masa, baik ketika belajar mahupun bekerja. Setiap pekerjaan yang dibuat, mestilah lebih baik daripada sebelumnya. Disebabkan itulah, aku senantiasa memperbaiki mutu kerja pada setiap tahun. Bermula dari tahun 2010 hinggalah tahun 2018. Dengan harapan markah penilaian SKT pada setiap tahun sentiasa menunjukkan peningkatan. Akan tetapi, aku silap dalam meletakkan penilai sebenar. Aku membiarkan diri mengejar penilaian yang ditetapkan oleh manusia yang terdedah dengan kelemahan. Sepatutnya aku sandarkan penilaian atas segala usaha dan pencapaian kepada penilai MAHA ADIL , Allah s.w.t (Penilai Sebenar). HAMPA dan KECEWA akibatnya sekiranya mengejar penilaian yang ditetapkan manusia. Namun sekiranya penilaian Allah yang dicari, insyaAllah rezeki yang diterima lebih BERKAT   dan hati kekal TENANG . Semoga Allah mengampuniku kerana membiarkan diri h...

Install SPSS pirate untuk analisis data kajian degree, master dan PhD

Image
Install software pirate (Windows, MS Office, SPSS, dll) ke laptop peribadi dan download movie di internet. Adakah ianya sah dari sudut pandang agama? Dalam dunia akademik, adakah beretika menggunakan perisian cetak rompak untuk menganalisa data kajian projek tahun akhir degree, master dan thesis PhD? Adakah berkat hasil gaji dari skrol ijazah yang diterima hasil daripada unsur-unsur syubhah ini? Jom dengar ulasan ahli agama:

PhD dan Budi Pekerti

Tiada ertinya PhD tanpa Budi Pekerti Ya, tidak kurang ramainya kenalan yang mempunyai PhD. Semenjak belajar di peringkat diploma, ijazah dan master, kebanyakan guru-guruku semuanya ada PhD. Dan kesemuanya mempunyai tahap budi pekerti yang sangat tinggi. Membuatkan anak didik memandang tinggi dan hormat pada guru-gurunya. Mereka mudah disapa, bergurau senda tanpa mengira kelayakan pendidikan, angkat tangan dan mengukir senyuman pabila nama mereka dipanggil.  Penulis berpandangan nilai akhlak dan budi pekerti yang tinggi ini patut ada pada semua, lagi-lagi pada seorang yang bergelar "Dr."

Jangan Ikut Resam Lalang

"Ikut resam padi, jangan ikut resam lalang" Ungkapan orang-orang tua yang kerap aku dengar di waktu kecilku. Ungkapan itu aku dengar dan pahatkan di minda tanpa tahu akan ertinya. Ungkapan itu kembali mengingatiku dikala usia masuk 30-an. Namun kali ini aku lebih memahami maksud dan ertinya. Tinggi melangit Padi dan lalang sama-sama naik tinggi Berisi Namun, padi lebih berisi pabila masak, tetapi tidak pada lalang....ringan dan kosong Menyembah bumi Bila padi mulai masak, dirinya mula menyembah bumi, lalang....kekal naik tinggi. Semakin berilmu seseorang, dirinya makin tunduk tawaduk, lebih mudah rendah diri, mungkin kerana beratnya tanggungjawab ilmu yang dibawa. Berbeza dengan yang sedikit atau langsung tiadanya ilmu, berbangga dengan yang sedikit, mengangkat diri jauh ke langit. Manusia seperti ini mudah tersembam jatuh ke bumi.

Aku Punya Android App

Image
Alhamdulillah untuk memudahkan lagi akses ke laman website yang telah dibina, akhirnya telah membina Android Apps untuk website saya. InsyaAllah akan dimuatnaik ke Play Store suatu hari nanti. Download: AZLAN

Cuba jaya tanam strawberry kaedah hidropot

Image
Hari ini baru sampai 13 anak pokok strawberry tanah rendah jenis festival dari rakan Fb Pn Norzila Borhan. Sebelum tue dah pernah beli daripada beliau 3 induk festival dan dapat free 1 anak pokok. Kali nie gila nak tanam strawberry pulak. Nak cuba dengan kaedah hidropot/mynutribesen. Tanam strawberry tak semudah tanam cili. Sepanjang pengalaman 7 pokok yang pernah dibeli dan dijaga, telah pun mati. Nak berjaya kene cuba, cuba sampai dapat teknik yang betul. 13 anak pokok baru beli + 1 anak pokok free = 14 anak pokok festival / 2 kumpulan. Kumpulan (Treatment) 1: Medium yang digunakan adalah 100% cocopeat. Kawan Fb AidilAzran MK berjaya berbuah dan membiak strawberry jenis Japanese Sweet Charlie (JSC) dengan hanya menggunakan sepenuhnya cocopeat. So, aku nak try jugak. Kumpulan (Treatment) 2: Medium campuran 50% cocopeat dan 50% perlite. Yang nie aku tiru Joe Jalil, otai besar dalam dunia hidroponic di Malaysia. Treatment 1: 7 hidropot Treatment 2: 7 hidropot...

Bengkel Hidropot dan MyNutriBesen UiTM Kedah 2018

Alhamdulillah syukur diatas keizinan Allah s.w.t untuk berkongsi ilmu yang sedikit ini (teknik tanaman hidropot dan MyNutriBesen) kepada 50 orang peserta di Dewan Seri Jerai, UiTM Kedah. InsyaAllah next bengkel di KL dan Selangor pula. Album Gambar sepanjang bengkel -  https://photos.app.goo.gl/t4ZXSp6CqEudNz5x8

TANPA BELIAU SIAPALAH AKU…..USTAZAH WAN HALIMATUN SAADIAH

Image
TANPA BELIAU SIAPALAH AKU…..USTAZAH WAN HALIMATUN SAADIAH Pertama kali berjumpa dengan ustazah di Tingkatan 2. Tegas dan garang, itulah penilaian pertamuku apabila ustazah masuk ke kelas bagi subjek matematik. Tetapi setelah beberapa minggu belajar dengan ustazah, aku mula SERASI dengan pendekatan ustazah mengajar. Hampir setiap petang, di sudut banggunan bilik guru, aku menadah ilmu darinya, ditemani anak-anaknya yang masih kecil ketika itu, Zaid, Fatimah dan Hanzalah. Rutin ini berlarutan hingga ke peperiksaan PMR. Ustazah juga telah menghantar aku ke kursus motivasi Dr Ismadi di Simpang Pulai, dengan dibiaya sepenuhnya oleh ustazah. Alhamdulillah, aku dapat A bagi subjek matematik. Pernah aku menyuarakan keinginan untuk tidak sambung Tingkatan 4 (T4) di MUC pada ustazah, atas faktor kesihatan dan kesusahan emak dan abah berniaga nasi lemak di Kuala Lumpur. Namun hasratku dibantah keras oleh ustazah di sebuah pondok rehat dihadapan sekolah. Atas nasihatnya, aku teruskan juga...