Cuba jaya tanam strawberry kaedah hidropot

Hari ini baru sampai 13 anak pokok strawberry tanah rendah jenis festival dari rakan Fb Pn Norzila Borhan. Sebelum tue dah pernah beli daripada beliau 3 induk festival dan dapat free 1 anak pokok. Kali nie gila nak tanam strawberry pulak. Nak cuba dengan kaedah hidropot/mynutribesen. Tanam strawberry tak semudah tanam cili. Sepanjang pengalaman 7 pokok yang pernah dibeli dan dijaga, telah pun mati. Nak berjaya kene cuba, cuba sampai dapat teknik yang betul.

13 anak pokok baru beli + 1 anak pokok free = 14 anak pokok festival / 2 kumpulan.

Kumpulan (Treatment) 1: Medium yang digunakan adalah 100% cocopeat. Kawan Fb AidilAzran MK berjaya berbuah dan membiak strawberry jenis Japanese Sweet Charlie (JSC) dengan hanya menggunakan sepenuhnya cocopeat. So, aku nak try jugak.

Kumpulan (Treatment) 2: Medium campuran 50% cocopeat dan 50% perlite. Yang nie aku tiru Joe Jalil, otai besar dalam dunia hidroponic di Malaysia.

Treatment 1: 7 hidropot
Treatment 2: 7 hidropot
Baja: Thai Plant Fertilizer (TPF)
Kepekatan: 1.2 EC

Objektif yang ingin dicapai: Treatment mana yang sesuai untuk pokok strawberry tanah rendah?
Treatment 1
Treatment 2
Letak tepi rumah



Comments

  1. en lan.. meh sini experiment ni bagi student saya buat.. boleh tengok crop growth.. dapat data saintifik.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengelasan Ijazah Sarjana Muda

Dokumen rasmi dan cop pengesahan, jadikan satu aktiviti wajib setiap orang.

Imbau 1: Permodalan Nasional Berhad (PNB)