Jangan Ikut Resam Lalang

"Ikut resam padi, jangan ikut resam lalang"

Ungkapan orang-orang tua yang kerap aku dengar di waktu kecilku. Ungkapan itu aku dengar dan pahatkan di minda tanpa tahu akan ertinya. Ungkapan itu kembali mengingatiku dikala usia masuk 30-an. Namun kali ini aku lebih memahami maksud dan ertinya.

Tinggi melangit
  • Padi dan lalang sama-sama naik tinggi
Berisi
  • Namun, padi lebih berisi pabila masak, tetapi tidak pada lalang....ringan dan kosong
Menyembah bumi
  • Bila padi mulai masak, dirinya mula menyembah bumi, lalang....kekal naik tinggi.
Semakin berilmu seseorang, dirinya makin tunduk tawaduk, lebih mudah rendah diri, mungkin kerana beratnya tanggungjawab ilmu yang dibawa. Berbeza dengan yang sedikit atau langsung tiadanya ilmu, berbangga dengan yang sedikit, mengangkat diri jauh ke langit. Manusia seperti ini mudah tersembam jatuh ke bumi.

Comments

Popular posts from this blog

Pengelasan Ijazah Sarjana Muda

Dokumen rasmi dan cop pengesahan, jadikan satu aktiviti wajib setiap orang.

Kaedah penulisan sumber rujukan (Reference)