Posts

Bagaimana nak dapat IDEA?

Macam mana nak dapat idea atau ilham? Idea untuk inovasi atau kajian penyelidikan. First sekali kene faham idea atau ilham ini adalah dari Allah, so nak dapat kene banyakkan berdoa dan minta pada-Nya. Aku sendiri ada amalkan dan fahami maksud doa yang pernah aku dapat ketika lawatan ke Kesatuan Pelajar Islam Perak (KPIP) dulu. Alhamdulillah aku dapat banyak idea/ilham untuk hasilkan produk inovasi dan tajuk-tajuk penyelidikan yang kadang-kadang diluar dari bidang pengajian (statistik). Kedua, kita kene set pemikiran bahawa setiap perkara di dunia ini tiada yang perfect, mesti ada celah-celah kelemahan yang boleh kita improve. Bukanlah bermaksud kita perlu mencari kelemahan dan kesalahan orang lain. Adakalanya environment atau sistem yang sedia ada belum cukup sempurna (memang tidak akan sempurna) untuk kita tambah baik atau tambah nilai. Dari situ datangnya idea untuk kita improve. Ketiga, kene tulis idea/ilham yang kita dapat, sebab ianya datang sekejap saja, dan mungkin ...

Pengalaman FRGS 2020

Assalamualaikum, lama tak tulis sesuatu di blog. Agak sibuk dengan preparation untuk jouney yang seterusnya...PhD. Belum daftar tapi sedang prepare . MOE ada open application untuk pembiayaan dana penyelidikan atau nama lainnya adalah Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) dengan ceiling RM250,000.00 untuk setiap permohonan. Kenapa kene apply ? - Untuk career path development khususnya pensyarah. Dana ($$$) tue dibelanjakan untuk apa? - untuk bayar upah research assistant (RA), travelling and transportation , publication fees , attend conference dalam dan luar negara. Apa benefit nya? - dapat supervise master/phd student(s) , dapat publish paper di journal-journal terkemuka yang semestinya ada bayaran dikenakan, dapat attend conference untuk share hasil penyelidikan. Semuanya antara criteria kenaikan pangkat ke Prof Madya, insyaAllah suatu hari nanti. Jadi hampir sebulan, aku bertungkus lumus menyiapkan draft proposal untuk dinilai oleh jawatankuasa p...

sambung PhD.....antara saranan baik dan saranan jahat

saranan untuk memberhentikan pensyarah yang tidak menyambung pengajian ke peringkat doktor falsafah (PhD) merupakan saranan jahat. aku percaya, di sudut kecil hati pensyarah, mereka ingin sambung belajar, apatah lagi ianya kini menjadi syarat wajib kenaikan pangkat dan rata-rata tawaran kekosongan pensyarah memerlukan seseorang pemohon itu memiliki PhD. Namun setiap orang mempunyai constraint tersendiri. Ada yang masih baru memulakan hidup bekeluarga, ingin memberi perhatian kepada anak-anak yang masih kecil, menjaga ibu bapa yang sakit dan bermacam-macam lagi asbab. janganlah kerana sudah memiliki PhD ( itu pun diperoleh di usia senja ), kita membuat saranan yang mampu menjatuhkan motivasi bakal calon PhD. aku juga percaya, di luar sana, masih ramai yang meberi saranan yang baik dan positive, berbanding sekelumit saranan jahat ini. akhir kalam, diungkap semula bait-bait ayat mufti perlis, "...janganlah dibiarkan penyakit bodoh tak bertebing"

Kelulusan EgTukar & Keberkatan Berbakti Pada Ibu Bapa

26 Ramadhan 1440 (Jumaat) bersamaan 31 Mei 2019 tarikh yang akan sentiasa diingati sampai bila-bila. Pada hari itu, sekali lagi aku merasai akan nikmat dan lazatnya keberkatan berbakti pada mak dan abah. 26 Ramadhan 1440 | 31 Mei 2019 | Jumaat | 8.30 pagi Aku dan isteri tiba di pejabat Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Cyberjaya untuk merayu kelulusan permohonan untuk bertukar tempat bertugas isteri yang kini berkhidmat selaku guru di SMKA Azlan Shah, Bota, Perak ke negeri Perlis. Keputusan awal pada 24 Mei 2019, permohonan isteri melalui EgTukar tidak berjaya. Dipendekkan cerita, aku nekad untuk ke BPI untuk merayu. Setelah berbincang dengan pegawai, pegawai tidak memberi sebarang jaminan dan bergantung kepada persetujuan ketua pegawai berkenaan. Aku dan isteri hanya berserah dan tawakal, sebab ini pertemuan kedua aku dengan pegawai berkenaan. Pertemuan pertama dahulu mengecewakan. 26 Ramadhan 1440 | 31 Mei 2019 | Jumaat | 10.00 pagi Selepas habis urusan di BPI, aku ke ...

Unhide folder selepas terkene virus

Image

Keberkatan Berilmu

Maklumat berkaitan kursus/subjek di tempat belajar dah sedia termaktub. Apa yang perlu student pelajari, software apa yang diperlukan, dan struktur markah, semua sudah ada, cuma satu lagi kriteria yang rasa mcm tertinggal. "KEBERKATAN DALAM BERILMU"

Falsafah Pengajaran

Setiap guru, pensyarah atau pendidik mesti ada falsafah pengajaran masing-masing. Bagi aku, salah satu kerangka falsafah pengajaran aku adalah berdasarkan movie "3 Idiots" (2009). Cuba tengok dan fahami dengan mata hati, bukan dengan kepala lutut. Misi dan visi aku adalah: "TIDAK MENGHASILKAN  MESIN PHOTOSTAT DI UNIVERSITI"