Posts

Kuliah Bermula: Semester September - Disember 2016

Image
Assalamualaikum. Selamat kembali ke UiTM Perlis yang tercinta ini. InsyaAllah pada semester ini, saya akan mengajar kod QMT533 - Econometrics STA570 - Time Series Analysis and Forecasting, dan STA408 - Statistics for Science and Engineering Kuliah saya akan bermula, pada 7 September 2016 (Rabu), dan suka diingatkan kelas pada 9 September (Jumaat) berjalan seperti biasa. Dilampirkan bersama jadual waktu saya untuk rujukan pelajar sekalian.

Penerbitan: International Academic Research Journal of Social Science (iARJ)

Image
Alhamdulillah, paper saya bersama dengan pelajar FYP, Nurul Izzati Mazni telah dimasukkan ke International Academic Research Journal of Social Science (iARJ) Ini bermakna pelajar ini telah memperoleh: Sijil Pembentang (Presenter) international conference Paper hasil kajian FYP telah masuk international proceeding (ISBN) Paper hasil kajian FYP telah masuk international journal (ISSN) Menginap di hotel bertaraf 3 bintang - percuma Makan di hotel bertaraf 5 bintang - percuma Kalau ditanya oleh penemuduga, apa yang you dapat/hasilkan dari UiTM, berikan hanya 3 jawapan diatas sahaja.

Pencarian pelajar bagi kod MAT530 & MSP660

Assalamualaikum, saya sedang mencari student FYP untuk berada dibawah seliaan saya. Pelajar akan diselia selama setahun, merangkumi Stage Proposal (MAT530 - Semester 5) dan Final Project (MAT660 - Semester 6) Advantage: Tajuk project akan diberikan (bergantung kepada minat dan keupayaan pelajar) Menyiapkan tugasan yang diberikan waima perlu dilaksanakan pada cuti semester Mendapat markah yang tinggi (berdasarkan prestasi dan disiplin) Menyertai beberapa persidangan/perbentangan diperingkat kebangsaan dan antarabangsa. (extra value and marks). Ciri-ciri pelajar seperti berikut: Pelajar semester 5 Independent Ready to fail Less supervise Hardworking Patient Eager to learn new knowledge Good knowledge in Time Series Analysis and Forecasting Good knowledge in programming language Can finish and meet the deadline on-time Good in Microsoft Excel Kepada pelajar yang berminat boleh hubungi saya, En. Azlan Abdul Aziz (0123510965)...WhatsApp ...

Geran Penyelidikan: Geran Academic & Research Assimilation (ARAS)

Image
Syukur ke hadrat Illahi memberi diri ini peluang untuk buat research. Dahulu semua aktiviti research yang dijalankan semuanya guna duit sendiri dan duit TAPA. Tapi kali ini, diberikan peluang untuk menjalankan research dengan dana yang diperuntukkan oleh UiTM melalui geran dalaman ARAS sebanyak RM xx,xxx.00. (tak payah la bagitahu disini) Pentingnya dana ini kerana, segala perbelanjaan seperti: Upah Research Assistant (undergraduate/postgraduate) Conference and Journal Fee Kos penginapan dan perjalanan Pembeliaan buku, software dll akan dibiaya/dibayar hasil daripada dana ini. Alhamdulillah syukur sangat-sangat.

Bengkel "Develop Mobile Apps using MS Excel"

Image
Alhamdulillah bengkel "Develop Mobile Apps using MS Excel" telah berjaya dijalankan pada 15 Mei 2016 di Perpustakaan Dato' Jaafar Hassan. Berminat mempelajari ilmu ini. Boleh jemput saya sebagai penceramah. Next bengkel ada yang berminat nak turut serta??

QMT533 Assignment 2

Image
Assalamualaikum, seperti pelajar sedia maklum, pelajar perlu hantar Assignment 2 pada hari nie melalui dropbox. Saya perincikan perkara-perkara yang perlu diambil perhatian. Setiap pelajar perlu menghasilkan satu folder dengan rename folder tersebut mengikut format yang diberikan. Folder berkenaan perlu mempunyai files berikut: Halaman past year yang diperlukan sahaja. Bukan hantar kesemua halaman past year paper. Contoh klik sini . Assignment perlu dihantar dengan format pdf. SPSS data file Pelajar perlu hantar link folder masing ke borang yang dilampirkan. Klik sini . Perlu diingatkan link perlu dipendekkan dengan menggunakan Google Url Shortener. Saya amat menitikberatkan format pada assignment ini.

Student Activity: International Social Science Conference 2016

Image
Alhamdulillah, pada 20-22 April 2016, saya telah membawa empat (4) orang pelajar Sarjana Muda Matematik Pengurusan (CS248) UiTM Perlis ke International Social Science Conference (iSSC) 2016: Wardah Mohd Nor Nurul Asyiqin Ibrahim Juliana Lim Nurul Izzati Mazni Mereka telah berjaya membentangkan hasil kerja mereka di Equatorial Hotel, Penang. Tahniah diucapkan. Ini merupakan satu nilai tambah kepada mereka selain memperolehi skrol ijazah mereka pada masa hadapan. Sekiranya ditanya apakah hasil yang diperolehi di universiti ketika ditemuduga, maka inilah jawapanya "Saya telah membentangkan hasil projek tahun akhir di sebuah konferansi antarabangsa di Penang pada tahun 2016". Ini merupakan aktiviti kedua yang telah saya jalankan. Aktiviti pertama sila klik sini . Terima kasih kepada pihak Hal Ehwal Akademik (HEA) yang telah membiayai yuran penyertaan dan penginapan di Alora Hotel. Harapan saya, agar aktiviti sebegini dapat diteruskan pada masa-masa h...