Projek Tanaman Cili Hidropot

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tugas pendidik bukan sahaja mengajar, memberi tutorial, memeriksa skrip jawapan pelajar, bahkan memastikan graduan mampu memperoleh pekerjaan yang selayak dengan sijil yang diperoleh. Namun, tidak semua bernasib baik. Ada yang cepat, ada yang lambat dan ada juga yang tidak mendapat pekerjaan yang diidamkan.

Realiti kini, peluang pekerjaan semakin mengecil. Banyak syarikat-syarikat mula mengecilkan operasi, seterusnya menambah kepada peningkatan jumlah pengganguran yang sedia ada banyaknya.

Oleh demikian, pelajar seharusnya sedar akan permasalahan ekonomi kini, dan mengambil inisiatif dalam menghadapinya. Kerap kali saya suarakan kebimbangan ini di dalam kuliah saya, dan kerap kali juga saya meminta pelajar untuk belajar / mencari ilmu di luar bidang pengajian.

Antara langkah yang saya kira mampu memberi pendapatan lumayan adalah menceburkan diri dengan bidang pertanian. Bidang pertanian ini sekiranya MINAT dan tahu caranya sudah pasti LUMAYAN. Justeru, demi memastikan pelajar UiTM Perlis tidak kekal "menanam anggur", satu projek tanaman cili hidropot akan dilaksanakan di UiTM Perlis. Alhamdulillah projek ini telah pun mendapat kelulusan daripada Tuan Rektor, UiTM Cawangan Perlis.

Semoga pelajar mendapat manfaat dari projek ini.



Comments

Popular posts from this blog

Pengelasan Ijazah Sarjana Muda

Dokumen rasmi dan cop pengesahan, jadikan satu aktiviti wajib setiap orang.

Kaedah penulisan sumber rujukan (Reference)