Journal & Article Database

Assalamualaikum,

Hampir tiga tahun saya telah berkhidmat di UiTM Perlis sebagai pendidik dalam bidang statistik....dan selama tempoh ini, saya dapati ada beberapa masalah yang dihadapi oleh para pelajar saya, diantaranya adalah masalah dalam mencari tajuk untuk projek akhir tahun atau "Final Year Project (FYP) ".

Salah satu kaedah yang boleh saya bantu adalah dengan mewujudkan Journal & Article Database. Dengan cara ini, para pelajar boleh:


  1. Mendapatkan idea untuk tajuk FYP.
  2. digunakan sebagai sumber Literature Review (LR)
  3. memahami dengan lebih lanjut subjek yang dipelajari didalam kelas

Inisiatif yang saya lakukan ini dengan meletak link-link yang berkaitan dengan isu-isu dan  teknik-teknik terbaru dalam bidang statistik, bukanlah bermakna saya arif dan pakar dalam bidang berkenaan kerana saya pun masih lagi mentah dan belum matang dalam ilmu statistik ini. Akan tetapi sekiranya ada persoalan, InsyaAllah saya cuba jawab yang mana termampu.

Untuk permulaan saya baru sahaja meletakkan beberapa journal dalam bidang Time Series Analaysis. InsyaAllah saya akan cari dan letak beberapa link yang berkaitan dengan Statistical Modeling.

Saya juga mengalu-alukan mana-mana pelajar yang sudi memberikan link-link yang bermanfaat (lebih tertumpu kepada bidang statistik) supaya ianya dapat dimanfaatkan oleh rakan-rakan pelajar yang lain sekaligus dijadikan amalan baik untuk menambah pahala kita insyaAllah.

Sekian.


Comments

Popular posts from this blog

Pengelasan Ijazah Sarjana Muda

Dokumen rasmi dan cop pengesahan, jadikan satu aktiviti wajib setiap orang.

Kaedah penulisan sumber rujukan (Reference)