Posts

Gerhana Matahari 2016

Image
Hari ini 9 Mac 2016, jam 8-10 pagi sepatutnya ada kelas STA570, tapi hari nie special, berlakunya fenomena alam "Gerhana Matahari" yang berlaku 6 tahun sekali. So kelas pagi ini diubah tentatifnya: 8.00 - 8.20: Ngajar kejap 8.20 - 8.45: Bawa pelajar ke laman Al-Farabi 2 untuk melihat pergerakan bulan yang menutup matahari 8.45 - 9.00: Solat Gerhana secara berjemaah di Masjid An-Nur 9.00 - 10.00: Sambung kuliah balik la Jom tengok gelagat pelajar2 Cs248 melihat Gerhana Matahari (klik gambar untuk paparan lebih jelas)    Inilah hasil yang diperolehi  Credit to Yana Azman dan Arifah atas gambar yang diberikan Moga Allah panjangkan umur untuk melihat Gerhana Matahari pada 2022 pula

Pendaftaran Group Project STA570

Assalamualaikum, rakan pelajar yang dikasihi. Sila isi borang pendaftaran group project STA570. Borang pada link dibawah: http://goo.gl/forms/qdtNAaI3Sj Sila pastikan nama dan no kaunter saham pilihan tidak sama dengan group lain.

Mendeley - Pengurusan Artikel

Image
Assalamualaikum, cara untuk download perisian percuma Mendeley: Klik link yang diberikan https://www.mendeley.com/download-mendeley-desktop/windows/instructions/ Login dengan menggunakan account yang telah didaftarkan Bagi membantu pengurusan artikel dengan lebih berkesan, pelajar diminta untuk download dan install perisian Dropbox (Percuma) https://www.dropbox.com/install Pastikan juga ada sudah mempunyai account dropbox. Selebihnya akan diterangkan di dalam kelas Kegunaan Mendeley - klik sini

Index Journal by Scimago powered by Scopus

Image
Menjadi impian untuk hantar research paper ke journal-journal dalam bidang matematik, statistik dan teaching and learning. Disenaraikan journal-journal berimpak sederhana dan tinggi untuk mencuba: Bulletin of the Malaysian Mathematical Sciences Society Sains Malaysiana Malaysian Journal of Mathematical Sciences Malaysian Journal of Science Malaysian Journal of Learning and Instruction 1) Bulletin of the Malaysian Mathematical Sciences Society 2) Sains Malaysiana 3) Malaysian Journal of Mathematical Sciences 4) Malaysian Journal of Science 5) Malaysian Journal of Learning and Instruction

Penangguhan Kelas STA570

Untuk makluman kepada group RCS2484A dan RCS2484B Kelas esok 2 Mac 2016 (Selasa) jam 8-10 pagi ditangguhkan ke tarikh dan masa yang akan diberitahu kelak. Ini adalah kerana, saya perlu mengawas peperiksaan khas pada tarikh dan waktu yang sama. Harap maklum.

Petronas tamatkan perkhidmatan 1000 pekerja

Image
Baru saja post tentang penutupan kilang Samsung di seremban, N9, hari yang sama juga keluar berita Petronas tamatkan perkhidmatan 1000 pekerja pula. Maka, bertambah lagi pengangguran di Malaysia. Kepada semua mahasiswa yang sedang belajar, tambahkan ilmu di luar pengajian bidang masing-masing. Jangan tambah jumlah pengangguran ini. Ilmu degree itu perlu dan menjadi syarat, tapi cari nilai tambah (value added) untuk scroll yang bakal diperoleh. Berita penuh: klik sini

Kilang Samsung di Seremban ditutup, Manfaat Masa Belajar Anda

Image
Assalamualaikum, kepada para pelajar dikasihi. Hari ini saya nak share satu keratan akhbar tentang penutupan kilang Samsung di seremban, negeri sembilan. Penutupan ini akan mengakibatkan hilangnya pekerjaan, dan meningkatkan jumlah pengangguran. Sebaik tamat belajar, graduan yang belum dapat pekerjaan, akan meningkatkan lagi jumlah ini. Jadi pesanan saya, guna sehabis baik waktu belajar ini, untuk timba ilmu sebanyak mungkin, tingkatkan cgpa masing-masing, belajar ilmu di luar bidang pengajian (cth: belajar cara-cara bertani) Peluang pekerjaan semakin mengecil ketika ini. Berita penuh: klik sini