Posts

Berakhir Semester Mac - Julai 2014

Image
Alhamdulillah, segala puji pada Allah, pemilik seluruh alam....hari ini berakhirlah sudah semester Mac - Julai 2014 dengan berakhirnya pembentangan projek pelajar tahun akhir CS228. Coretan kali ini, hendak merumuskan segala apa yang telah berlaku sepanjang semester berlangsung. Pada semester ini saya telah diamanahkan untuk mengajar kod kursus QMT533 (Econometric) dan QMT463/STA570 (Time Series Analysis and Forecasting). Kedua-dua topik ini telah saya ajar pada beberapa semester yang lepas, maka persediaan mengajar tidak lah begitu banyak, cuma tanggungjawab yang terbesarnya adalah kedua-dua kod ini melibatkan kumpulan pelajar yang sama. Bermakna kumpulan pelajar ini akan bersemuka dengan pensyarah yang sama bagi dua kod yang berlainan dalam hari yang sama. Agak mencabar kerana saya kene memastikan pelajar tidak confuse dengan kod yang dipelajari dan memastikan pelajar tidak bosan berada dalam kelas. Jadi, terpaksa lah kadang-kadang membuat selingan-selingan yang sememangnya...

Makluman QMT533: Test 2

Image
Assalamualaikum.... Mohon ambil semula skrip jawapan Test 2 QMT533 dan semak sekiranya ada penambahan markah perlu dibuat. Skrip jawapan boleh diambil di sebuah almari kecil parallel dengan pigeon hole saya. Skema jawapan dilampirkan. Carry mark  dilampirkan. Sebarang pembetulan sila maklumkan dengan segera SEBELUM 11 Julai 2014 notes:  berdasarkan pemeriksaan kertas jawapan final peringkat awal amat mengecewakan. So semak Test 2 untuk sebarang penambahan markah.            

Ketiadaan sepanjang Peperiksaan Akhir Jun 2014

Assalamualaikum....berikut adalah tarikh dimana saya tidak berada di kampus sepanjang Peperiksaan Akhir Jun 2014 25 Jun 2014 - 0900 - 1200 : Mengawas peperiksaan 25 Jun 2014 - 1400 - 1700 : Tiada di kampus 26 - 29 Jun 2014                 : Tiada di kampus Harap maklum.

R Software: Check Seasonal Component

Image
Assalamualaikum, dilampirkan video ringkas to check seasonal component in time series data. Untuk paparan yang lebih jelas, tukar setting kepada 720p HD Syntax command: Link :  http://robjhyndman.com/hyndsight/tscharacteristics/ credit to: Prof Rob J. Hyndman Selamat mencuba

Makluman Test 2 dan Project

Assalamualaikum Test 2 dan Project adalah seperti berikut: TEST 2 Kod Kursus      : QMT463/STA570 Tarikh               : 10 Julai 2014 (Khamis) Tempat             : akan dimaklumkan kemudian Masa                : akan dimaklumkan kemudian Topik                : Chapter 6 - Econometric                            Chapter 7 - Box - Jenkins Methodology TEST 2 Kod Kursus      : QMT533 Tarikh               : 23 Jun 2014 (Isnin) Tempat             :  akan dimaklumkan kemudian Masa                :  akan dimaklumkan kemudian Topik                : Chapter 5 - Dummy Variable   ...

Semester Mac - Julai 2014: On-going Assessment

Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah semua skrip jawapan bagi Test 1 (QMT533/QMT463/STA570) telah siap disemak dan dinilai. Markah dan skema jawapan bagi Test 1 sudah boleh dilihat/dimuat turun pada link yang dipautkan di ruangan kod kursus berkenaan. Sekiranya terdapat pembetulan dari segi pemarkahan, sila datang berjumpa dengan saya dengan membawa skrip jawapan masing-masing selewat-lewatnya 23 Mei 2014 (sebelum 12.30 tengahari). Selepas pada tarikh itu, sebarang pembetulan TIDAK AKAN DILAYAN. Pada semester ini, para-pelajar yang mendapat MARKAH TERTINGGI dan LULUS , akan diberikan hadiah dari pihak penganjur. Hadiah tidak boleh ditukar dalam wang tunai. Pemenang akan dimaklumkan pada 25 Mei 2014. Sekian Terima Kasih.

Contoh Project Bagi Kaunter BIMB

Assalamualaikum, dilampirkan contoh project dengan menggunakan salah satu model pada Chapter 5. Contoh yang diberikan ini, bertujuan ingin memberikan gambaran bagaimana Project QMT463/STA570 boleh dilaksanakan dengan hasil gabungan Microsoft Excel dan MINITAB. Lihat 3 file yang disangkutkan di post ini dan analisa bagaimana ianya terjadi.  File Excel File BIMB LOW File BIMB HIGH Hasil daripada gabungan software ini menghasilkan analisis yang cepat dan tepat. Memandangkan MINITAB mempunyai beberapa kekangan, hanya beberapa model saja yang boleh digunakan. TQ. p.s: tiada jalan pintas untuk berjaya. Jalan pintas hanya untuk pelajar mentaliti SPM.