Posts

Showing posts from September, 2018

PhD dan Budi Pekerti

Tiada ertinya PhD tanpa Budi Pekerti Ya, tidak kurang ramainya kenalan yang mempunyai PhD. Semenjak belajar di peringkat diploma, ijazah dan master, kebanyakan guru-guruku semuanya ada PhD. Dan kesemuanya mempunyai tahap budi pekerti yang sangat tinggi. Membuatkan anak didik memandang tinggi dan hormat pada guru-gurunya. Mereka mudah disapa, bergurau senda tanpa mengira kelayakan pendidikan, angkat tangan dan mengukir senyuman pabila nama mereka dipanggil.  Penulis berpandangan nilai akhlak dan budi pekerti yang tinggi ini patut ada pada semua, lagi-lagi pada seorang yang bergelar "Dr."

Jangan Ikut Resam Lalang

"Ikut resam padi, jangan ikut resam lalang" Ungkapan orang-orang tua yang kerap aku dengar di waktu kecilku. Ungkapan itu aku dengar dan pahatkan di minda tanpa tahu akan ertinya. Ungkapan itu kembali mengingatiku dikala usia masuk 30-an. Namun kali ini aku lebih memahami maksud dan ertinya. Tinggi melangit Padi dan lalang sama-sama naik tinggi Berisi Namun, padi lebih berisi pabila masak, tetapi tidak pada lalang....ringan dan kosong Menyembah bumi Bila padi mulai masak, dirinya mula menyembah bumi, lalang....kekal naik tinggi. Semakin berilmu seseorang, dirinya makin tunduk tawaduk, lebih mudah rendah diri, mungkin kerana beratnya tanggungjawab ilmu yang dibawa. Berbeza dengan yang sedikit atau langsung tiadanya ilmu, berbangga dengan yang sedikit, mengangkat diri jauh ke langit. Manusia seperti ini mudah tersembam jatuh ke bumi.

Aku Punya Android App

Image
Alhamdulillah untuk memudahkan lagi akses ke laman website yang telah dibina, akhirnya telah membina Android Apps untuk website saya. InsyaAllah akan dimuatnaik ke Play Store suatu hari nanti. Download: AZLAN