Usia ku meningkat lagi
Alhamdulillah usia ku meningkat lagi dengan izin Allah. Menjadi satu kewajipan pada setiap 6 Oktober, aku akan ucap terima kasih pada mak dan abah kerana membesarkan aku, dari rumah setinggan di Kg Selayang Lama sehingga la aku mampu milik rumah sendiri di utara tanah air. Syukur alhamdulillah. Entah kenapa, dalam 2 tahun ini (2019 dan 2020), 6 Oktober jatuh pada hari konferens yang aku menjadi sebahagian dari jawatankuasa penganjur. 2019 pada konferen ICOFA dan 2020 pada konferen iidea-BIZMENT. Alhamdulillah memori terindah bagiku. Tak dinafikan, pertambah usia mendekatkan diri dengan kembalinya pada Pencipta. Bila? aku pun tak tahu, walaupun kepakaran bidang kajian banyak tertumpu kepada ramalan masa hadapan (Time Series Analysis and Forecasting). InsyaAllah dengan pertambahan usia ini akan aku manfaatkan masa dan tenaga untuk berbakti pada mak abah, isteri dan anak2, dan juga pada masyarakat. Aku titipkan disini beberapa perancangan, semoga Allah permudahkan: 1) Aku nak sambung PhD....