HARTA UNTUK ASBAB PAHALA
Alhamdulillah... Syukur ke hadrat illahi, aku dikurniakan harta baru hari ini...kereta baru, koyak kertas wooo...walaupun bukan dari teknologi terkini, tapi alhamdulillah bukan 2nd hand. Kenapa baru sekarang? selepas 10 tahun bekerja? Bukan diawal tahun-tahun aku bekerja sebagai akademia di UiTM? Sememangnya menjadi angan-angan setiap orang untuk memiliki kereta baru sebaik mendapat pekerjaan tetap, termasuk aku. Namun, angan-angan itu aku pendam dalam-dalam jauh di sudut ingatan, supaya tumpuan aku lebih kepada membantu mak dan abah memiliki sebuah rumah sendiri di kampung. Rumah sendiri bukannya rumah sewa. Alhamdulillah hasrat itu jadi nyata selepas 2 tahun aku bekerja. Lepas buat rumah, berkahwin, ada anak-anak, beli rumah untuk keluarga sendiri, so komitmen agak tinggi, tapi angan-angan yang jauh disudut ingatan tetap ada. Akhirnya setelah 10 tahun ekonomi makin stabil, sebuah kereta baru telah berjaya aku miliki. Cuma harapan aku adalah biarlah kereta baru in...