sambung PhD.....antara saranan baik dan saranan jahat
saranan untuk memberhentikan pensyarah yang tidak menyambung pengajian ke peringkat doktor falsafah (PhD) merupakan saranan jahat. aku percaya, di sudut kecil hati pensyarah, mereka ingin sambung belajar, apatah lagi ianya kini menjadi syarat wajib kenaikan pangkat dan rata-rata tawaran kekosongan pensyarah memerlukan seseorang pemohon itu memiliki PhD. Namun setiap orang mempunyai constraint tersendiri. Ada yang masih baru memulakan hidup bekeluarga, ingin memberi perhatian kepada anak-anak yang masih kecil, menjaga ibu bapa yang sakit dan bermacam-macam lagi asbab. janganlah kerana sudah memiliki PhD ( itu pun diperoleh di usia senja ), kita membuat saranan yang mampu menjatuhkan motivasi bakal calon PhD. aku juga percaya, di luar sana, masih ramai yang meberi saranan yang baik dan positive, berbanding sekelumit saranan jahat ini. akhir kalam, diungkap semula bait-bait ayat mufti perlis, "...janganlah dibiarkan penyakit bodoh tak bertebing"