Kelulusan EgTukar & Keberkatan Berbakti Pada Ibu Bapa
26 Ramadhan 1440 (Jumaat) bersamaan 31 Mei 2019 tarikh yang akan sentiasa diingati sampai bila-bila. Pada hari itu, sekali lagi aku merasai akan nikmat dan lazatnya keberkatan berbakti pada mak dan abah. 26 Ramadhan 1440 | 31 Mei 2019 | Jumaat | 8.30 pagi Aku dan isteri tiba di pejabat Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Cyberjaya untuk merayu kelulusan permohonan untuk bertukar tempat bertugas isteri yang kini berkhidmat selaku guru di SMKA Azlan Shah, Bota, Perak ke negeri Perlis. Keputusan awal pada 24 Mei 2019, permohonan isteri melalui EgTukar tidak berjaya. Dipendekkan cerita, aku nekad untuk ke BPI untuk merayu. Setelah berbincang dengan pegawai, pegawai tidak memberi sebarang jaminan dan bergantung kepada persetujuan ketua pegawai berkenaan. Aku dan isteri hanya berserah dan tawakal, sebab ini pertemuan kedua aku dengan pegawai berkenaan. Pertemuan pertama dahulu mengecewakan. 26 Ramadhan 1440 | 31 Mei 2019 | Jumaat | 10.00 pagi Selepas habis urusan di BPI, aku ke ...