Posts

Showing posts from February, 2016

Kilang Samsung di Seremban ditutup, Manfaat Masa Belajar Anda

Image
Assalamualaikum, kepada para pelajar dikasihi. Hari ini saya nak share satu keratan akhbar tentang penutupan kilang Samsung di seremban, negeri sembilan. Penutupan ini akan mengakibatkan hilangnya pekerjaan, dan meningkatkan jumlah pengangguran. Sebaik tamat belajar, graduan yang belum dapat pekerjaan, akan meningkatkan lagi jumlah ini. Jadi pesanan saya, guna sehabis baik waktu belajar ini, untuk timba ilmu sebanyak mungkin, tingkatkan cgpa masing-masing, belajar ilmu di luar bidang pengajian (cth: belajar cara-cara bertani) Peluang pekerjaan semakin mengecil ketika ini. Berita penuh: klik sini

Jadual Waktu Pensyarah - Azlan Abdul Aziz

Assalamualaikum, Selamat kembali ke UiTM Perlis kepada para pelajar semua. Dilampirkan jadual waktu saya pada semester Mac 2016 untuk sebarang urusan. Link: Jadual Waktu Saya

Siapa sebenarnya monyet? - Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Image
Artikel ini diperolehi dari portal berita online sinar harian pada 8 Februari 2016, tarikh Tahun Baru Cina. Artikel ini ditulis oleh Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Felo Utama, INSPIRE dan pensyarah PPI, UniSZA. Tajuk "Siapa sebenarnya monyet". Tak nak ulas panjang, cuma ambil beberapa point-point penting, yang lain baca sendiri di link dibawah: "Kisah dongeng monyet patut dijadikan teladan oleh kita semula. Penjual songkok tertidur di sebatang pokok. Melihat penjual itu sudah tidur, monyet pun turun dan mengambil semua songkoknya. Monyet sungguh gembira dan kelihatan seperti tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Ada yang membelek-belek, ada yang meletakkan di kepala, ada yang membaling semula. Bila terjaga, penjual songkok panik, kerana semua songkok telah diambil monyet. Kecuali ada beberapa yang terjatuh. Penjual songkok berfikir bagaimana mendapatkan semula songkoknya. Sambil berfikir, dia melambung-lambung songkok. Perbuatannya itu diperhatik...

Data Science: Belajar R dan Python (FREE)

Image
Assalamualaikum, pada post kali ini saya ingin kongsikan sebuah laman web yang menyediakan pembelajaran Data Science; R programming dan Python secara percuma. R dan Python amat diperlukan pada era ini, bukan saja salah satu syarat untuk pemilihan kerja,malah sebagai keperluan untuk menjadi Data Scientist dan Big Data. Pelajar yang berminat boleh layari   DataCamp . Pembelajaran yang menarik, tanpa perlu install software R dan Python, nota dan tutorial yang mengagumkan. Tapi perlu ada minat nak belajar dan kesungguhan untuk menguasainya. Sesuai untuk beginner.

Smallpdf.com (FREE)

Image
Assalamualaikum. Ada diantara kita yang menggunakan software PDF yang pirate (guna crack untuk pengaktifan). Sebagai contoh Adobe Acrobat Pro , menyediakan pelbagai features menarik, seperti editing , convert , OCR Text Recognition dan banyak lagi, semua ini dengan harga Singapore Dollar 409.50 ( standard full,dekstop software only ) bersamaan RM1199.90 (pada saat post ini ditulis). Untuk memastikan kerja seharian kita dibantu alat bantu kerja yang patuh syariah, saya mencadangkan untuk menggunakan Smallpdf.com (online). Banyak features PDF yang disediakan secara percuma. Antaranya seperti di bawah: Alhamdulillah saya telah menggunakanya, tanpa perlu lagi guna software pirate . Link laman web seperti berikut: Smallpdf.com ->  http://smallpdf.com/