Student Activity: International Social Science Conference 2016

Alhamdulillah, pada 20-22 April 2016, saya telah membawa empat (4) orang pelajar Sarjana Muda Matematik Pengurusan (CS248) UiTM Perlis ke International Social Science Conference (iSSC) 2016:
  1. Wardah Mohd Nor
  2. Nurul Asyiqin Ibrahim
  3. Juliana Lim
  4. Nurul Izzati Mazni
Mereka telah berjaya membentangkan hasil kerja mereka di Equatorial Hotel, Penang. Tahniah diucapkan. Ini merupakan satu nilai tambah kepada mereka selain memperolehi skrol ijazah mereka pada masa hadapan. Sekiranya ditanya apakah hasil yang diperolehi di universiti ketika ditemuduga, maka inilah jawapanya "Saya telah membentangkan hasil projek tahun akhir di sebuah konferansi antarabangsa di Penang pada tahun 2016".

Ini merupakan aktiviti kedua yang telah saya jalankan. Aktiviti pertama sila klik sini. Terima kasih kepada pihak Hal Ehwal Akademik (HEA) yang telah membiayai yuran penyertaan dan penginapan di Alora Hotel.

Harapan saya, agar aktiviti sebegini dapat diteruskan pada masa-masa hadapan, bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan UiTM.








Grand Dinner at Equatorial Hotel (5 star hotel)

Comments

Popular posts from this blog

Pengelasan Ijazah Sarjana Muda

Dokumen rasmi dan cop pengesahan, jadikan satu aktiviti wajib setiap orang.

Imbau 1: Permodalan Nasional Berhad (PNB)