Posts

Showing posts from March, 2016

Bengkel 1: Pengurusan Artikel dan Reference cara Mendeley

Image
Alhamdulillah bengkel saya yang pertama telah berjaya diadakan dengan kehadiran seramai 6 orang. Ok la jugak, ada orang nak minat nak belajar. Terima kasih kerana sudi datang. Moga mendapat manfaat. InsyaAllah next bengkel......belajar buat android apps using Microsoft Excel, install dan guna terus melalui smartphone. Bilangan peserta 10 orang sahaja. Berminat?

Bengkel Mendeley (FREE)

Assalamualaikum, pelajar yang berminat untuk ke Bengkel Mendeley malam ini, sila pastikan perkara-perkara berikut disediakan: Laptop telah dipasang (install) dengan perisian Mendeley dan Dropbox Laptop bercas penuh Telah mempunyai akaun Mendeley dan Dropbox Membawa broadband sendiri Untuk download perisian Mendeley dan Dropbox boleh klik sini Jumpa malam ini di BK2 bermula jam 8.30-9.30

Bengkel Mendeley PERCUMA

Image
Menghadapi masalah dalam mencari artikel untuk Final Year Project (FYP)? Nak tahu cara mudah citation? Boleh hadir ke Bengkel Mendeley seperti ketetapan berikut secara PERCUMA . Bengkel: Pengurusan Artikel menggunakan Mendeley Tahap: Beginner Tarikh: 30 Mac 2016 Tempat: BK 2 Masa: 9pm - 10pm Bayaran: PERCUMA Bilangan peserta: 10 orang sahaja. Borang Pendaftaran:  http://goo.gl/forms/CgxWi6N78y

Bengkel pencarian artikel untuk kegunaan Literature Review dengan mudah menggunakan Mendeley

Sekiranya saya buat satu bengkel untuk pencarian artikel/journal (untuk Literature Review) dengan mudah menggunakan perisian Mendeley, ada yang berminat nak join? Nak tengok ada tak yang berminat? Kalau berminat sila tinggalkan komen di post ini.

Pengelasan Ijazah Sarjana Muda

Ramai diantara pelajar tidak tahu tentang kelas-kelas bagi program ijazah sarjana muda yang sedang pelajar ikuti. Hal ini perlu diketahui kerana setiap kelas mempunyai implikasi tertentu. Ijazah Sarjana Muda terbahagi kepada 4 kelas (bergantung kepada universiti dan program pengajian, secara umumnya seperti dibawah): Kelas Pertama (CGPA 3.50 - 4.00) Kelas Kedua Atas (CGPA 3.00 - 3.49) Kelas Kedua Bawah (CGPA 2.20 - 2.99) Kelas Ketiga (CGPA 2.00 - 2.19) Kebaikan/Keburukan setiap kelas: Kelas Pertama: Mudah mendapat biasiswa untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Master dan PhD Antara syarat khas untuk biasiswa PhD ke luar negara Menjadi perhatian syarikat-syarikat (tetapi tidak semua) untuk diterima bekerja. Tidak perlu bayar PTPTN (pinjaman bertukar kepada biasiswa) Kelas Kedua Atas Antara syarat minima untuk biasiswa Tenaga Pengajar Muda (TPM) UiTM Syarat wajib untuk memohon meneruskan pengajian ke peringkat Sarjana (Master) Ada sesetengah syari

Learn Excel 1: Aktifkan Equation Editor

Image
Assalamualaikum, kepada pelajar yang tidak dapat aktifkan icon Equation pada Microsoft Office, boleh layari laman web berikut: Link :  http://www.technipages.com/word-enable-equation-editor

Kaedah penulisan sumber rujukan (Reference)

Image
Post kali ini akan membincangkan kaedah penulisan sumber mengikut format American Psychological Association (APA) edisi ke 6. Ada banyak cara untuk dapatkan reference tapi saya akan tunjukkan cuma dua teknik sahaja yang biasa saya gunakan untuk sebarang kerja-kerja penulisan.  Mendeley Pertama set style yang akan digunakan oleh Mendeley seperti gambar dibawah: Katakan saya ingin tulis reference bagi artikel yang ditulis oleh Ling, Chan Yew bertajuk "Consumers’ purchase intention of green products: an investigation of the drivers and moderating variable". Caranya: Right klik pada artikel > Copy > Formatted Citation dan paste dimana tempat yang anda inginkan. Hasilnya: Ling, C. Y. (2013). Consumers’ purchase intention of green products: an investigation of the drivers and moderating variable. Elixir Marketing Mgmt. 5, 57(A), 14503–14509. Retrieved from http://www.elixirpublishers.com/articles/1367043926_57A (2013) 14503-14509.pdf R

QMT533: Assignment 1

Pelajar dikehendaki untuk menghantar Assignment 1 melalui borang yang disediakan. Sila pastikan sumber definasi variable pilihan dan dua artikel yang dicari tidak sama dengan pelajar lain. Sebagai panduan, saya telah mengisi borang itu, rujuk sini Pelajar hanya dibenarkan untuk pilih 1 variable dari list yang dilampirkan. Tarikh mula: 12 Mac 2016 Tarikh tutup: 18 Mac 2016 Markah: 2% Project (0.5% Power Point Slide + 1.5% Definasi and Articles) Borang:  http://goo.gl/forms/eshZPXZ9V6 Pelajar yang lambat hantar, markah akan dipotong sebanyak 0.5% Good Luck.

QMT533 Assignment 1: Variable Types

Image
Assalamualaikum, objektif assignment 1 adalah seperti berikut: Memperkenalkan kepada pelajar jenis-jenis variable dan kegunaannya Mencari research paper yang menggunakan jenis-jenis variable tertentu dalam kajian Mendedahkan kepada pelajar kegunaan perisian Mendeley Terdapat pelbagai jenis variable yang digunakan dalam kajian (rujuk sini ). Namun terdapat juga variable yang sama. Contoh:  Binary variable atau juga dikenali dengan nama Dichotomus variable, dan Continous variable atau juga dinamakan Interval variable. Assignment 1 : Pelajar dikehendaki untuk mencari definasi jenis variable yang dikehendaki. Contoh: Moderating variable. Sumber mestilah daripada (1) Buku, (2) Artikel. Pelajar diminta untuk mencari 2 research artikel yang menggunakan jenis variable yang dipilih. Menghasilkan 1 slide power point untuk membentangkan perkara-perkara diatas (definasi dan kegunaan dalam research artikel). Contoh : Step 1 : Pilih satu (1) variable yang ingin dikaji

Imbau 1: Permodalan Nasional Berhad (PNB)

Image
Diri ini rasa bertuah kerana suatu masa dulu, di akhir pengajian degree berpeluang untuk praktikal di sebuah company besar seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB). Diakhir part 5 degree, banyak surat dihantar untuk mohon buat latihan praktik di syarikat2 area selangor dan kuala lumpur, ada juga yang beri maklum balas positive, tapi akhirnya PNB juga jadi pilihan. Pada mulanya, tak tahu PNB nie buat bisnes ape, hanya tahu company nie yang buat buku simpanan amanah saham bumiputera (ASB). Aku ditempatkan di bawah selian Procument Department (Jabatan Perolehan). Disini aku timba ilmu sebanyak mungkin, semua ilmu statistik yang pernah belajar di UiTM, satu habuk pun tak guna...cuma satu, ilmu MS Excel, itupun aku belajar sendiri atas dasar minat. Kongsi sikit gambar2 muda-mudi zaman belajar... Terima kasih tidak terhingga kepada En Zai (supervisor), En Najib, Abg Aswad, En. Suhaimi, Kak Lela, Kak Zira, Kak Nani, dan En Latif (Bos) yang banyak ajar aku ilmu-ilmu dilu

Gerhana Matahari 2016

Image
Hari ini 9 Mac 2016, jam 8-10 pagi sepatutnya ada kelas STA570, tapi hari nie special, berlakunya fenomena alam "Gerhana Matahari" yang berlaku 6 tahun sekali. So kelas pagi ini diubah tentatifnya: 8.00 - 8.20: Ngajar kejap 8.20 - 8.45: Bawa pelajar ke laman Al-Farabi 2 untuk melihat pergerakan bulan yang menutup matahari 8.45 - 9.00: Solat Gerhana secara berjemaah di Masjid An-Nur 9.00 - 10.00: Sambung kuliah balik la Jom tengok gelagat pelajar2 Cs248 melihat Gerhana Matahari (klik gambar untuk paparan lebih jelas)    Inilah hasil yang diperolehi  Credit to Yana Azman dan Arifah atas gambar yang diberikan Moga Allah panjangkan umur untuk melihat Gerhana Matahari pada 2022 pula

Pendaftaran Group Project STA570

Assalamualaikum, rakan pelajar yang dikasihi. Sila isi borang pendaftaran group project STA570. Borang pada link dibawah: http://goo.gl/forms/qdtNAaI3Sj Sila pastikan nama dan no kaunter saham pilihan tidak sama dengan group lain.

Mendeley - Pengurusan Artikel

Image
Assalamualaikum, cara untuk download perisian percuma Mendeley: Klik link yang diberikan https://www.mendeley.com/download-mendeley-desktop/windows/instructions/ Login dengan menggunakan account yang telah didaftarkan Bagi membantu pengurusan artikel dengan lebih berkesan, pelajar diminta untuk download dan install perisian Dropbox (Percuma) https://www.dropbox.com/install Pastikan juga ada sudah mempunyai account dropbox. Selebihnya akan diterangkan di dalam kelas Kegunaan Mendeley - klik sini

Index Journal by Scimago powered by Scopus

Image
Menjadi impian untuk hantar research paper ke journal-journal dalam bidang matematik, statistik dan teaching and learning. Disenaraikan journal-journal berimpak sederhana dan tinggi untuk mencuba: Bulletin of the Malaysian Mathematical Sciences Society Sains Malaysiana Malaysian Journal of Mathematical Sciences Malaysian Journal of Science Malaysian Journal of Learning and Instruction 1) Bulletin of the Malaysian Mathematical Sciences Society 2) Sains Malaysiana 3) Malaysian Journal of Mathematical Sciences 4) Malaysian Journal of Science 5) Malaysian Journal of Learning and Instruction

Penangguhan Kelas STA570

Untuk makluman kepada group RCS2484A dan RCS2484B Kelas esok 2 Mac 2016 (Selasa) jam 8-10 pagi ditangguhkan ke tarikh dan masa yang akan diberitahu kelak. Ini adalah kerana, saya perlu mengawas peperiksaan khas pada tarikh dan waktu yang sama. Harap maklum.

Petronas tamatkan perkhidmatan 1000 pekerja

Image
Baru saja post tentang penutupan kilang Samsung di seremban, N9, hari yang sama juga keluar berita Petronas tamatkan perkhidmatan 1000 pekerja pula. Maka, bertambah lagi pengangguran di Malaysia. Kepada semua mahasiswa yang sedang belajar, tambahkan ilmu di luar pengajian bidang masing-masing. Jangan tambah jumlah pengangguran ini. Ilmu degree itu perlu dan menjadi syarat, tapi cari nilai tambah (value added) untuk scroll yang bakal diperoleh. Berita penuh: klik sini