Siapa sebenarnya monyet? - Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Artikel ini diperolehi dari portal berita online sinar harian pada 8 Februari 2016, tarikh Tahun Baru Cina. Artikel ini ditulis oleh Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Felo Utama, INSPIRE dan pensyarah PPI, UniSZA. Tajuk "Siapa sebenarnya monyet". Tak nak ulas panjang, cuma ambil beberapa point-point penting, yang lain baca sendiri di link dibawah:


"Kisah dongeng monyet patut dijadikan teladan oleh kita semula. Penjual songkok tertidur di sebatang pokok. Melihat penjual itu sudah tidur, monyet pun turun dan mengambil semua songkoknya. Monyet sungguh gembira dan kelihatan seperti tidak tahu apa yang hendak dilakukan.

Ada yang membelek-belek, ada yang meletakkan di kepala, ada yang membaling semula.

Bila terjaga, penjual songkok panik, kerana semua songkok telah diambil monyet. Kecuali ada beberapa yang terjatuh. Penjual songkok berfikir bagaimana mendapatkan semula songkoknya. Sambil berfikir, dia melambung-lambung songkok.

Perbuatannya itu diperhatikan oleh monyet. Kemudian monyet meniru apa yang sedang dilakukan oleh penjual tadi. Songkok-songkok itu dilambungkan. Sekali lambung saja, semua songkok itu jatuh. Penjual songkok segera memungut songkok, lalu beredar pergi." - Prof Dr Mohd Riduan Tee Abdullah

Point: Siapa meniru kerja orang lain, tiada inovasi, tidak berusaha atas usaha sendiri, dia adalah.......

Artikel penuh: Siapa sebenarnya monyet?

Comments

Popular posts from this blog

Pengelasan Ijazah Sarjana Muda

Dokumen rasmi dan cop pengesahan, jadikan satu aktiviti wajib setiap orang.

Imbau 1: Permodalan Nasional Berhad (PNB)