Posts

Showing posts from January, 2016

Eviews 9 Student Version Lite (FREE)

Image
Assalamualaikum w.b.t Pada post yang lepas saya ada suarakan untuk tidak gunakan alat bantu kerja yang tidak patuh syariah (klik sini ). Hari ini saya ingin kongsikan satu software yang selalu digunakan oleh pelajar dan pensyarah dalam kerja-kerja data and statistics analysis secara PERCUMA . Eviews. Di saat post ini ditulis, Eviews sudah masuk version 9. Pelajar dan pensyarah boleh guna Eviews 9 Student Version Lite. Tetapi jangan expect semua features ada, dah nama pun free , so bersyukur lah.... Kaedahnya seperti berikut: Layari laman web Eviews (klik sini ) Klik "Free Download" dibawah section Eviews 9 Student Version Lite Masukkan maklumat yang diperlukan, setelah selesai klik, "I'm not a robot" dan akhir sekali klik "Request Serial Number" Eviews akan hantar serial number / product key ke email anda beserta link untuk download software . Anda akan dapat email seperti di bawah. Selepas selesai download file berkenaan, mula

Dari mana datangnya motivasi....

Dari mana datangnya motivasi untuk menulis " TIDAK BOLEH dilakukan dalam dunia akademik " dan " Alat Bantu Kerja Tidak Patuh Syariah " ? Kesedaran ini timbul apabila terbaca satu artikel di Sinar Harian online bertajuk " Haram kerja di kedai fotostat " nukilan Abdul Naser Tun Rahman atau lebih dikenali Xifu Naser. Tulisan beliau buatkan diri ini tidak senang, terganggu. Terganggu kerana diri ini mempunyai tanggungjawab sebagai anak, suami, bapa dan pensyarah. Anak : Selepas gagal dalam SPM 2001, aku melanjutkan pengajian selama 7 tahun di UiTM. Hanya ada satu matlamat, membantu mak abah keluar dari kemiskinan. Alhamdulillah, Allah izinkan matlamatku tercapai. Persoalannya, adakah bantuan dan bakti kepada mak dan abah, datang dari sumber yang PATUH SYARIAH ? adakah scroll master, degree dan diploma yang diperolehi hasil dari sumber yang PATUH SYARIAH ? adakah buku-buku rujukan dibeli atau sekadar fotostat? sekiranya fotostat, adakah penerbit/penul

Alat Bantu Kerja Tidak Patuh Syariah

Seperti yang ditulis di Facebook , aku merasakan, tidak berkat gaji yang diterima sebagai pensyarah, yang mengajar, menyelia, menerbitkan artikel-artikel ilmiah, menghasilkan inovasi, dan membuat kerja-kerja perundingan, dengan menggunakan alat bantu kerja yang tidak patuh syariah. Contoh "alat bantu kerja yang tidak patuh syariah": Windows 7/8/10 yang pirate . Sumber dari sebuah kedai komputer di Low Yat Plaza, harga jualan untuk Windows 7 Professional ( RM620 ),Windows 8.1 OEM ( RM413 ) dan Windows 10 OEM ( RM429 ). Tetapi bila laptop/komputer dihantar ke kedai untuk format semula, hanya bayar kurang dari RM50. Walaupun, bila disemak pada Windows Properties kelihatan seperti genuine, tetapi pada hakikatnya, crack telah digunakan untuk tujuan pengaktifan. Microsoft Office (Word, Excel, etc.) . Harga jualan di kedai bagi MS Office 365 Home Premium Personal adalah RM186 setahun dan kene renew apabila telah expired. Tetapi yang ada dalam komputer seolah-olah bo

TIDAK BOLEH dilakukan dalam dunia akademik

Pada 12 Januari 2016, saya membaca satu artikel menarik yang ingin dikongsi bersama. Artikel ditulis oleh Xifu Naser bertajuk " Haram kerja di kedai fotostat " (klik sini untuk artikel penuh). Hal ini nampak remeh, tapi implikasi besar apabila bekerja nanti. Antara intipati yang saya dapat dari artikel ini antaranya: Tidak boleh pelajar/pensyarah/penyelidik/ahli akademik fotostat buku-buku walaupun niat fotostat itu adalah baik, yakni untuk mempelajari ilmu atau digunakan sebagai bahan rujukan. Perbuatan ini tidak boleh dilakukan sama sekali kerana buku-buku itu adalah hak milik penerbit/penulis. Mereka juga ada anak isteri yang perlu diberi nafkah atas jualan buku-buku mereka. Ingin saya menasihati pelajar/pensyarah/ahli akademik tentang perkara-perkara yang tidak boleh dalam dunia akademik. Tidak boleh fotostat buku-buku/bahan rujukan tanpa keizinan dari penulis/penerbit Tidak boleh menggunakan perisian-perisian cetak rompak ( pirate ) seperti: Windows

Originality, Novelty, Significance - Penerangan Dr Othman Talib

Image
Assalamualaikum, saya suka penerangan Dr Othman Talib dalam memantapkan pemahaman berkaitan research. Post kali ini saya share post FB Dr Othman Talib berkaitan "Originality, Novelty, and Significance". Boleh klik gambar untuk paparan yang lebih jelas. Semoga beroleh manfaat.