Skip to main content

Lintasan Hati

Risau melihat cabaran masa hadapan para pelajar saya. Niat di hati bukan untuk mengajar anda untuk berlumba-lumba mengejar kekayaan dunia, cuma mendidik anda untuk menambah kekayaan melalui pendidikan agar hasil kekayaan digunakan untuk mencari redha Allah (seperti membantu fakir miskin melalui sedekah, dan yang paling penting membantu ibu bapa yang kesusahan). 

Sememangnya saya akui, perjalanan menuntut ilmu itu perit, menyiksakan, tidak tertahan, subjek yang dipelajari susah dsb...tapi saya yakin liku-liku perjalanan untuk menuntut ilmu itu akan memberi kesenangan pada anda pada masa depan.

Disini saya lampirkan rumusan ringkas dan mungkin tidak lengkap, tapi sekurang-kurangnya memberi gambaran kasar perbezaan gaji pokok anda mengikut kelayakan. Bandingkan gaji anda dan rakan-rakan selepas 10 tahun mengambil SPM.

Maaf saya tak pandai berkata-kata memberi semangat...cuma saya menyeru kepada adik-adik yang saya sayangi....belajarlah setinggi mungkin untuk masa depan yang mudah, bantulah Ibu dan Ayah...kasihanilah mereka, InsyaAllah Allah akan mengasihani anda disaat anda benar-benar memerlukan...

~saya sudi membantu~

Ikhlas,

En. Azlan Abdul Aziz




sumber: JPA
             UiTM

Comments

Popular posts from this blog

Pengelasan Ijazah Sarjana Muda

Ramai diantara pelajar tidak tahu tentang kelas-kelas bagi program ijazah sarjana muda yang sedang pelajar ikuti. Hal ini perlu diketahui kerana setiap kelas mempunyai implikasi tertentu.
Ijazah Sarjana Muda terbahagi kepada 4 kelas: Kelas Pertama (CGPA 3.50 - 4.00)Kelas Kedua Atas (CGPA 3.00 - 3.49)Kelas Kedua Bawah (CGPA 2.20 - 2.99)Kelas Ketiga (CGPA 2.00 - 2.19)
Kebaikan/Keburukan setiap kelas:
Kelas Pertama:Mudah mendapat biasiswa untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Master dan PhDAntara syarat khas untuk biasiswa PhD ke luar negaraMenjadi perhatian syarikat-syarikat (tetapi tidak semua) untuk diterima bekerja.Tidak perlu bayar PTPTN (pinjaman bertukar kepada biasiswa)
Kelas Kedua AtasAntara syarat minima untuk biasiswa Tenaga Pengajar Muda (TPM) UiTMSyarat wajib untuk memohon meneruskan pengajian ke peringkat Sarjana (Master)Ada sesetengah syarikat-syarikat besar menetapkan syarat ini untuk dibenarkan buat latihan praktik.

Kelas Kedua Bawah dan Kelas Ketiga Anda boleh berjaya dalam…

MyNutriBesen

Assalamualaikum, saya terangkan sedikit berkenaan kaedah MyNutriBesen
1) Motivasi
Saya mula berjinak dengan sistem hidropot pada tahun 2015 dengan menggunakan bekas tin susu anak yang tidak digunakan, 
dan seterusnya kepada pot. 

Namun, setelah menggunakan pot, saya mendapati nutripot ada kelemahan yang boleh ditambahbaik. Antara kelemahannya: Hasil tanaman yang sedikitPerlu mengisi semula air baja dalam tempoh masa yang singkat (sekiranya outstation 1-2 minggu atau musim cuti perayaan)Mengguna ruang yang banyak.
Dari situ, saya mengubahsuai kaedah nutripot yang sedia ada dengan mengantikan pasu kepada besen, maka terhasil lah MyNutriBesen.
2) Peralatan
Untuk menghasilkan MyNutriBesen, memerlukan: Tong cat (18 liter) - dapat percumaBesen - RM10Tali mopPVC connector - RM2Jumlah: RM12
3) Cara-cara menghasilkan MyNutriBesen
Step 1) Bersihkan tong dan penutup cat
Step 2) Tebuk penutup cat pada bahagian tengah dengan menggunakan drill. Hole saw yang digunakan adalah bersaiz 19-22inci
Step 3) Tebuk bese…

Learn Excel 1: Aktifkan Equation Editor

Assalamualaikum, kepada pelajar yang tidak dapat aktifkan icon Equation pada Microsoft Office, boleh layari laman web berikut:

Link : http://www.technipages.com/word-enable-equation-editor