Penilaian Kendiri - Intersesi 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Pada ruangan kali ini, tiada makluman untuk nota, quiz dsb...tujuan post kali ini adalah untuk mendapatkan maklum balas dalam bentuk cadangan & pandangan daripada para pelajar yg saya sayangi, supaya di masa-masa akan datang, saya dapat meningkat mutu pengajaran saya...

saya sedar masih lagi terdapat kelemahan yang ada pada diri saya, yang mana saya tidak sedar, akan tetapi disedari kelemahan itu oleh para pelajar saya...

maka oleh itu saya membuka ruang kepada para pelajar saya untuk memberikan cadangan & pandangan dari segi:

1) Cara pengajaran
2) Interaksi bersama pelajar
3) Personaliti
4) silibus
5) lain-lain perkara

untuk memastikan respon yang diberikan adalah genuine, saya menyarankan agar tidak meletakkan nama atau apa sahaja yg membolehkan saya mengenali siapakah penyampainya....cukuplah hanya memilih "Guest" or "Anynomous"

jangan risau...sebarang cadangan or pandangan saya terima dengan hati yang terbuka...insyaAllah....

Comments

  1. secara dasarnya cara pengajaran tuan mudah utk difahami.tapi ada kalanya tahap kelajuan yg mungkin bagi saya terlalu laju utk saya kejar.acap kali saya dan beberapa org rakan yg lain sering ketinggalan.dan dgn itu kami tidak mempunyai peluang utk memahami dgn betul.itu saja setakat ini..
    akhir kalam,semoga pihak tuan memberkati ilmu yg telah disampaikan kepada kami semua..

    ReplyDelete
  2. salam sir, nak ucapkan berbanyak terima kasih atas ilmu yg diberi.alhamdulillah belajar dengan sir ni mudah faham sbb bagi sy sir memang dekat dengan pelajar.
    kalau tak faham boleh terus bertanya.
    terima kasih sbb ajar guna bahasa yg mudah dan notes yg simple.
    apa2 pun sy tak 'regret' belajar dgn sir :)

    sy mintak maaf andai ada sikap sy yg tak menyenangkan sir.
    mohon restu dari seorang guru.
    semoga Allah memberkati sir.

    ReplyDelete
  3. salam sir..
    segala yang sir ajar mudah difahami..tahniah..saya nak ucapkan ribuan terima kasih
    dan minta maaf sepanjang intersesi ni..minta halalkan ilmu yang sir berikan..

    P/S: nanti tanda final hope jgn strict sgt.. 'oppa gangnam style!' :-P

    ReplyDelete
  4. salam...
    thanks a lot sir...
    best belajar ngan sir...
    sir explain smpai faham...
    cuma,kesian gak kwn2 yg x dapat paham ngan cepat time sir ajar laju...
    kena guna kelajuan purata jela...
    purata = pukul bagi rata...
    hahaha
    teruskan cara pendekatan pembelajaran yang sentiasa dekat dengan pelajar....cara itu sangat berkesan.
    akhir kata,semoge terus succes dengan kerjaya seorang pendidik!
    wasalam.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengelasan Ijazah Sarjana Muda

Dokumen rasmi dan cop pengesahan, jadikan satu aktiviti wajib setiap orang.

Imbau 1: Permodalan Nasional Berhad (PNB)